23 Jun 2010

ANAK-ANAK DIDIKKU

Anak-anak didikku
Ada yang memberi hadiah
Katanya "Selamat Hari Guru"
Kataku "Terima kasih". Tapi cikgu mengajar bukan kerana hadiah.
Kata muridku "Hadiah hanya sekadar tanda jasa-jasa cikgu".

Dalam agama mengajar ilmu dan menuntut ilmu
Sangat tinggi nilainya
Tapi jika tidak ikhlas, akan hanya menjadi sekadar rutin

Macam-macam hadiah
Telah ku peroleh daripada muridku
Dari ucapan hinggalah wang ringgit
Tetapi tiada yang mengharukan
Selain panggilan "Cikgu".

Ibrahim
Kuala Lumpur.

SENJA DI HUJUNG MINGGU

Senja itu aku pejabat
Sunyi dan sepi
Aku dapat membaca buku
Tiada kedengaran suara
Yang ada hanya nafas pendingin hawa
Menyejukkan diriku yang kepanasan
Dalam sejuk di Kuala Lumpur

Senja di Hujung Minggu
Universiti Malaya

SEPULUH TAHUN YANG LALU

Dulu aku seorang anak desa
Dari kampung di lereng bukit
Dari rumah di tebing sungai
Miskin dan payah dalam keresahan derita

Kutinggalkan desa damai itu
Untuk mencari erti hidup
Ilmu dan pengalaman di kota
Sebagai bekalan di hari muka

Kata ibu, jaga diri di perantauan.
Kata ayah (telah pergi selama-lamanya, 2 bulan selepas saya konvokesyen)
"Kau akan berjaya, melebihi apa yang jangkakan"

Kata-kata itu adalah jalan dan bekalan
Dalam mengharung liku hidup berduri ini.

Ibrahim
Universiti Malaya

11 Jun 2010

FACEBOOK

Saya telah menutup buat sementara waktu akaun facebook. Keputusan ini adalah disebabkan saya ingin memberi tumpuan kepada beberapa hal penting dalam pembangunan dan peningkatan kerjaya saya.