28 April 2010

CORETAN PETANG RABU

JANGAN TERKEJUT, INI BUKAN KELAS LUKISAN, TETAPI KELAS BM.
Ketika saya bercadang mengajar Tajuk Karangan tentang jenayah ragut. Pelajar tak faham apa itu ragut. Kemudian saya jelaskan ikut loghat Cina, sebab pelajar saya ni semuanya berbangsa Cina. Kurang faham juga... Kesimpulannya, mari kita lukis jenayah ragut tersebut... jadilah seperti dalam gambar.

27 April 2010

ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG : PANTUN EMPAT KERAT (TEKA-TEKI)

MAKSUD
Rangkap 1 : Pertanyaan tentang benda yang kepalanya lebih lebar daripada badan. (Payung)
Rangkap 2 : Pertanyaan tentang benda yang apabila diisi semakin ringgan. (Belon)
Rangkap 3 : Pertanyaan tentang binatang yang berdarah hitam, berjanggut 8 dan bertulang 1.(sotong)
Rangkap 4 : Pertanyaan tentang benda yang berwarna hijau ketika muda dan bertukar merah apabila masak (Cili)
Rangkap 5 : Pertanyaan tentang haiwan yang bertanduk di hidung. (Badak Sumbu)

ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG :PANTUN EMPAT KERAT (BERJIMAT CERMAT)

MAKSUD
Rangkap 1 : Orang yang berjimat cermat sentiasa beroleh kesenangan
Rangkap 2 : Berjimat cermat perbuatan yang baik, manakala sikap boros membawa kebaikan.
Rangkap 3 : Sikap berjimat cermat dalam semua perkara menjanjikan kesenangan pada masa hadapan.
Rangkap 4 : Berbelanjan secara berlebihan akan mendatangkan kesusahan.
Rangkap 5 : Agama menyuruh penganutnya agar sentiasa berjimat cermat demi kebahagiaan dalam kehidupan.
Rangkap 6 : Mempunyai wang yang sedikit tetapi berjimat lebih baik daripada mempunyai wang yang banyak tetapi menggunakan wang tersebut untuk perkara yang sia-sia.
Rangkap 7 : Perancangan yang teliti wajar dilakukan agar dapat mengekalkan diri daripada pembaziran.

ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG : PANTUN EMPAT KERAT (AGAMA)

MAKSUD
Rangkap 1 : Walaupun seseorang itu mempunyai ilmu yang luas, namun tidak memberi makna jika dia tidak sembahnyang.
Rangkap 2 : Rasa menyesal kerana mengabai ibadah sembahyang ketika masih hidup.
Rangkap 3 : Seseorang yang memiliki ilmu tetapi tidak mengamalkannya akan sia-sia sahaja.
Rangkap 4: Tiada siapa yang dapat menandingi kemuliaan Tuhan.
Rangkap 5 : Sentiasa menyiapkan diri dengan amalan yang baik agar terhindar daripada seksa neraka.
Rangkap 6 : Untuk masuk ke syurga, amalan mulia mestilah dilakukan di samping memohon keampunan atas kesalahan yang dilakukan.

26 April 2010

ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG : PANTUN DUA KERAT

MAKSUD

Rangkap 1 : Hasrat untuk memperoleh sesuatu lagi jika berpeluang.

Rangkap 2 : Sikap banyak bercakap menyebabkan seseorang itu berdusta.

Rangkap 3 : Memohon agar surat atau teks yang dikirim kepada seseorang dijawab setelah membacanya.

Rangkap 4 : Orang yang malas berusaha tidak akan memperoleh apa-apa.

Rangkap 5 : Orang yang bijak lebih mudah memahami pelajaran.
Rangkap 6 : Seseorang mesti bertanggungjawab atas segala perbuatannya.
Rangkap 7 : Orang yang terakhir dalam melakukan bertanggungjawab mengemaskan atau membersihkan kawasan mereka.
Rangkap 8 : Jika mahu akan sesuatu, kita mestilah berusaha untuk mendapatkannya.
Rangkap 9 : Sikap suka menipu dan mencuri akan mencemarkan nama seseorang.
Rangkap 10 : Setelah menerima padah atau kesusahan, barulah seseorang itu sedar.

25 April 2010

Hanya Dalam Lagu

Hadirmu dalam mimpiku
Bersama cahaya indah
Engkaulah gadis yang ku sayang
Dengan sepenuh jiwa

Tiada harta dapatku beri untuk dirimu
Hanya cinta yang masih ada bersamaku

Kasihku hanya untukmu
Lembutnya suaramu
Engkaulah penghibur hatiku
Ohhh... sayangku

Yang membawa seribu mimpi
Mimpi yang indah
Tiada lagi sekilas duka
Terhadapku

Tapi kini... ku pergi hilang segala
Hancurlah sudah
Tak sanggupku... melihat airmatamu
Berlinangan

Tak relaku lihat wajahmu
Biarlah aku pergi...
Anggaplah diriku
Ini tiada lagi

Abadikan laguku ini
Hanya untukmu
Jadikanlah kenangan hidup
Kau dan aku
Selamanya

17 April 2010

TAK INGIN SENDIRI

Aku masih... seperti yang dulu
Menunggunmu sampai akhir hidupku
Kesetiaanku tak luntur
Hati pun rela berkorban
Demi keutuhan kau dan aku

Biarkanlah aku memiliki
Semua cinta yang ada di hatimu
Apa pun kan ku berikan
Cinta dan kerinduan
Untukmu... dambaan hatiku...

Malam ini... tak ingin aku sendiri
Ku cari damai bersama bayanganmu...
Hangat pelukan yang masih kurasa
Kau kasih... kau sayang

13 April 2010

APAKAH KESILAPAN ORANG MELAYU?

Oleh : Datuk A. Kadir Jasin

(I) Sikap orang Melayu/Bumiputera sendiri – nak cepat kaya, mudah puas dan iri hati:

(II) Kekurangan modal kewangan dan modal insan di kalangan Bumiputera;

(III) Kelemahan sistem pelaksanaan, penyelarasan dan pemantauan;

(IV) Rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan;

(V) Terlalu bergantung dan menyerah kepada sistem politik dan pentadbiran yang didominasi oleh Bumiputera (akhirnya diabaikan dan dikhianati);

(VI) Padang permainan tidak sama rata atau ada padang yang tidak boleh dimasuki orang Melayu kerana agamanya, dan dimonopoli oleh bukan Melayu/Islam (misalnya arak, judi dan yang tidak serasi dengan hukum Syariah);

(VII) Kerana penguasaan mereka dalam ekonomi, orang bukan Bumiputera mendapat naungan (patronage) yang lebih besar daripada pemerintah berbanding Bumiputera.

(Cuma Bumiputera akibat kedangkalan pemikiran cepat iri hati dan menuduh Melayu jadi kroni dan pemungut sewa (rentier). Realitinya, kroni dan rentier raksasa adalah bukan Bumiputera yang menggunakan operasi pasaran untuk berjual-beli aset, lesen,monopoli dan francais yang diberikan oleh kerajaan.)

KELEWATAN DALAM PERNIAGAAN


Hari ini saya kembali menulis, dengan semangat dan tidak mahu menoleh lagi. Gambar pada catatan kali ini ialah mengenai ladang pisang yang saya usahakan di Sabah. Namun oleh sebab banyak masalah yang melanda saya beberapa bulan belakangan ini, sedikit terjejas dan perlahan rencanaan saya berkenaan kerja-kerja yang saya lakukan. Insya Allah, saya akan membangunkan semula perniagaan yang telah saya rencanakan. Gambar di atas saya ambil ketika kunjungan saya ke Sabah untuk meninjau kerja-kerja pembersihan ladang, untuk penanaman pisang secara besar-besaran.
Penutupan blog ini juga kerana saya sakit dan diserang santau serta sihir oleh manusia yang bertuhankan syaitan. Saya mengesyaki penyalahgunaan gambar yang saya pernah masukkan dalam blog ini diambil untuk disihir oleh manusia yang rosak akidahnya.
Bersambung......
1. Nota BM dan Sejarah
2. Azab yang terpaksa saya tanggung ketika berubat
3. Apa 2 perniagaan yang saya akan daftarkan pada bulan ini.