31 Mei 2010

PERIBAHASA MELAYU

Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Bbiar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

Berbesar Hati
Maksud : Gembira.

Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

Batu Penghalang
Maksud : Halangan

Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

Meninggi diri
Maksud : Sombong

Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.

Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.

Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong

Murah Hati
Maksud : Pemurah.

Tangan Kosong
Maksud : Hampa.

Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

26 Mei 2010

GURU YANG BAIK BERDIRI KETIKA MENGAJAR

Saya selalu mengatakan, "bahawa guru yang baik akan berdiri ketika mengajar".

Saya sekali lagi mendengar kenyataan itu dalam sesi bersama Tan Sri Profesor Dr Khoo Kay Kim. Hal ini menunjukkan guru perlu komited dalam tempoh atau sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mengajar sepenuhnya. Ada juga guru yang saya perhatikan pada masa sesi pengajaran dan pembelajaran, duduk di meja dan menyiapkan Buku Perancangan Mengajar, atau menyemak latihan. Akibatnya kelas menjadi bising dan memerlukan campurtangan guru disiplin misalnya. Maka, guru perlu dapat membezakan perkara berikut;

1. Masuk ke dalam kelas dan menyuruh pelajar membaca buku teks.

2. Masuk ke dalam kelas kemudian suruh pelajar salin nota.

3. Masuk ke dalam kelas suruh pelajar buat buku kerja dan guru buat rancangan pengajaran, dan banyak lagi contoh yang lazim di perhatikan.


Sepatutnya..

1. Guru masuk ke dalam kelas dan 5 minit mengulang apa yang dia ajar semalam.

2. Menjelaskan apa yang diajar hari ini (20 minit)

3. Menguji apa yang diajar kepada setiap pelajar (10 minit)

4. Menamatkan kelas (memberitahu tajuk berikutnya dan apa tugasan yang perlu pelajar lakukan)

Hal ini perkara paling asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun setiap guru punya strategi mengikut subjek masing-masing.

SINOPSIS PROSA KLASIK

SINOPSIS : SABOR

  • Jibor dan Sabor merupakan adik-beradik. Siti Saidah merupakan isteri Jibor.
  • Pada suatu hari, Sabor dibawa oleh Jibor ke rumahnya dan diperkenalkan dengan isterinya Siti Saidah.Sabor pun mendapat jamuan yang istimewa dan bergembira sepanjang hari.
  • Setelah beberapa hari tinggal di rumah Jibor, Siti Saidah mula terpikat kepada Sabor. Walaupun sebelum itu Siti Saidah ada melakukan perbuatan sumbang dengan orang lain tetapi kini Sabor yang diingatinya siang dan malam.
  • Setelah 20 hari tinggal di rumah Jibor, Siti Saidah membuat strategi untuk menggoda Sabor. Pada suatu malam, Jibor tidur nyenyak setelah diberi makan majun oleh Siti Saidah.Kesempatan ini diambil oleh Siti Saidah.Dia telah masuk ke bilik Sabor, memadamkan pelita, lalu dipeluk dan diciumnya Sabor.
  • Sabor terkejut dan memarahi Siti Saidah .Namun begitu, Siti Saidah terus menggodanya.Walaupun Sabor hampir tergoda akibat hasutan syaitan tetapi dia teringat akan pesan guru agamanya lalu beristighfar dan membaca ayat suci al-Quran.Dia menjadi bertambah takut akan Allah SWT.
  • Setelah gagal memujuk Sabor ,Siti Saidah berasa sangat marah dan berasa tercabar kerana sebelum ini usahanya untuk memikat lelaki tidak pernah gagal. Lalu, dia mengugut hendak membunuh Sabor lalu kembali tidur di sisi suaminya.
  • Sabor pun mengucap syukur .Kemudian dia teringat lagi pesan Raja Damsyik (guru agamanya) tentang tidak baik melambatkan kerja dan segala kerja kebajikan hendaklah disegerakan. Pesan raja lagi jangan bermalam di rumah orang tua yang beristeri muda kerana kemungkinan akan digoda oleh isterinya .Jika dituruti kehendaknya pasti nanti akan mendapat balasan neraka.
  • Dalam pada berfikir-fikir itu, Sabor terdengar azan Subuh berkumandang. Sabor segera mengerjakan solat Subuh dan berdoa agar ditambah iman dan amalannya.
  • Sementara itu, Siti Saidah telah memfitnah Sabor dengan memberitahu suaminya, Jibor bahawa dirinya hendak dicabul oleh Sabor. Tanpa usul periksa, Jibor pun berasa marah dan memberitahu isterinya bahawa dia hendak membunuh Sabor dengan tipu muslihatnya.
  • Maka, Jibor telah menghadiahi Sabor kopiah buatan Rom yang mahal dan halus buatannya. Setelah memakai kopiah itu , Sabor hendak memberitahu Jibor akan hal Siti Saidah tetapi dia berasa malu.
  • Kemudian Jibor mengarahkan empat orang askar upahan supaya pergi ke masjid dan memenggal leher orang yang memakai kopiah buatan Rom semasa dia sedang bersembahyang Maghrib.
  • Ketika hendak bersembahyang, kepala Sabor berasa pening kerana kopiah Rom itu terasa berat. Lalu,kopiah tersebut dibuka dan diletakkan di atas mihrab.Dia memakai sapu tangan sahaja . Tiba-tiba jauhari (tukang emas) yang berada di dalam masjid itu terlihat kopiah yang cantik itu, lalu dipakai oleh jauhari pula.
  • Apabila empat orang askar upahan itu tiba di masjid, maka mereka terlihat orang yang sedang memakai kopiah Rom itu.Semasa imam membaca surah al-Fatihah, askar upahan itu terus masuk ke dalam masjid dan memenggal leher jauhari, kepalanya putus dan terpelanting ke kaki Jibor.
  • Jemaah yang sedang bersembahyang berasa terkejut lalu lari lintang pukang.Sabor dan imam sahaja yang tidak batal sembahyangnya kerana tidak lari. Jibor juga terkejut dan melompat kehairanan kerana jauhari yang terbunuh dan bukannya Sabor seperti yang dirancang.
  • Selesai bersembahyang, barulah Jibor tahu bahawa Sabor telah difitnah oleh Siti Saidah.
  • Jibor terfikir, pasti jauhari tersebut ada melakukan dosa dengan Siti Saidah, sebab itulah dia mati, sementara Sabor terlepas daripada bala.

RUMUSAN

RUMUSAN

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang kekangan dalam usaha mewujudkan semangat patriotik dan peranan ibu bapa untuk merealisasikan usaha tersebut. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


Setiap kali Malaysia merayakan sambutan Hari Kebangsaan, semua stesen televisyen dan radio akan menyiarkan acara sambutannya. Pihak akhbar tidak ketinggalan juga memaparkan pelbagai berita mengenainya. Di samping itu, tema perbincangan pula lazimnya berkisar pada soal perlunya patriotisme ditingkatkan kerana patriotisme melibatkan setiap rakyat dan meliputi kemerdekaan serta kedaulatan negara. Kehangatan perbincangan isu tersebut berhubung terus dengan hasrat kerajaan mewujudkan semangat patriotik yang kental di kalangan rakyat, khususnya golongan belia. Hal ini dititikberatkan kerana alaf baru membawa negara berhadapan dengan pelbagai cabaran baru yang berkaitan dengan persoalan patriotisme.

Banyak pihak yang terpaksa akur bahawa kini semakin berleluasa fahaman individualisme. Pada sudut yang Iain kita berdepan pula dengan asakan globalisasi dan kecanggihan teknologi komunikasi yang mewujudkan pertembungan antara negara maya dengan negara nyata. Negara maya ialah negara tanpa sempadan seperti dalam konteks internet, komunikasinya dapat dibentuk tanpa memerlukan kerakyatan serta tidak mempunyai ketua yang sah. Dalam era baru ini, kita berdepan juga dengan hakikat bahawa kemerdekaan negara tergugat oleh penjajahan-penjajahan bentuk baru, umpamanya penjajahan budaya dan ekonomi. Kegawatan ekonomi beberapa tahun lalu merupakan percubaan penjajahan baru dalam bentuk ekonomi yang digerakkan oleh kuasa ekonomi asing.

Dari segi pendidikan, penyemaian semangat patriotik pernah dilaksanakan di sekolah-sekolah melalui mata pelajaran Sivik tetapi usaha ini menemukan kegagalan. Kini nilai-nilai patriotisme diterapkan pula melalui mata pelajaran Sejarah, tetapi masalahnya mata pelajaran ini hanya mula diajarkan pada peringkat sekolah menengah. Persoalannya, mampukah mata pelajaran Sejarah memikul tanggung- jawab itu? Cabaran-cabaran itu menjadi premis supaya diadakan penyeragaman semula pemupukan semangat patriotik di kalangan belia. Suatu program khusus pendidikan patriotisme mesti dilaksanakan dalam bentuk pendidikan kewarganegaraan sebagai sokongan dan susulan kepada mata pelajaran Sejarah. Program ini mesti disegerakan kerana cabaran yang paling besar dalam hal ini ialah mereka tidak menghargai kemerdekaan negara, sedangkan setiap individu dalam setiap generasi mesti bertanggungjawab mempertahankan negara dan menegakkan kedaulatannya. Nilai-nilai patriotisme yang melintasi zaman perlu diterapkan dalam kehidupan mereka; antaranya berbangga sebagai rakyat Malaysia dan bersemangat setia kepada negara. Mereka sewajarnyalah juga menyanjungi semangat kekitaan.


Kita mesti juga berusaha menangani belia yang mengetahui kepentingan ilmu tetapi tidak bersungguh-sungguh mengejar ilmu. Kita tidak harus gagal dalam hal ini. Perkara ini sangat penting untuk meningkatkan patriotisme di kalangan belia. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini merupakan sebahagian danpada agenda bagi memperlengkap, memperkukuh dan meneruskan perjuangan mengangkat martabat bangsa dan negara ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang.




 


 

Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah]

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata berhubung terus dengan hasrat. [2 markah]

ii. Apakah nilai patriotisme yang perlu dipupuk dalam diri warga Malaysia?

                                         [3 markah]

iii. Sebagai seorang pelajar, apakah bukti-bukti yang boleh menunjukkan anda mempunyai semangat patriotisme yang tinggi?             [4 markah]

MERINGKASKAN KARANGAN


 

Bahagian A (i): Ringkasan

(20 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang punca-punca pencemaran bunyi. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri.


 

Isu pencemaran bunyi sudah menjadi isu yang sering diperkatakan orang disebabkan kesannya ke atas kesihatan. Punca utama yang menimbulkan pencemaran bunyi ialah pertambahan jumlah kenderaan terutamanya di jalan raya. Ini juga menyebabkan kebisingan iaitu daripada hon kereta dan bunyi kenderaan berat.

Kerja di tapak pembinaan dan proses pengeluaran di kilang adalah salah satu faktor yang menyebabkan pencemaran bunyi. Segala proses infrastruktur dan pembinaan bangunan ini semuanya menyumbang kepada masalah pencemaran bunyi. Perkembangan dunia hiburan dan teknologi juga menjadi antara punca wujudnya pencemaran bunyi. Kemunculan pusat hiburan yang menggunakan teknologi tinggi yang pada masa ini banyak peralatan hifi telah dicipta untuk keseronokan. Mereka yang tinggal berhampiran akan mengalami gangguan daripada keadaan tersebut.

Kesan pencemaran bunyi yang ketara ialah gangguan pada organ pendengaran manusia. Pendedahan kepada bunyi yang berlebihan menyebabkan gangguan pada gegendang telinga dan akibatnya seseorang itu boleh menjadi pekak. Ia juga menyebabkan gangguan psikologi dan tekanan emosi kepada seseorang. Dengan perkataan lain, kebisingan boleh menyebabkan kemerosotan prestasi seseorang dan ini tentunya amat merugikan.

Kesimpulannya, segala apa jua jenis pencemaran bunyi boleh menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan manusia seterusnya menjejaskan kelancaran aktiviti seharian mereka.


 


 

Bahagian A (ii): Pemahaman

(10 markah)


 

Jawab soalan di bawah berdasarkan petikan di atas.


 

1. Apakah maksud rangkai kata teknologi tinggi             ( 2 markah )


 

2. Huraikan 2 punca berlakunya pencemaran bunyi.             ( 4 markah )


 

3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus

dilakukan untuk mengurangkan masalah pencemaran bunyi     ( 4 markah )


 


 


 


 


 


 


 


 

Bahagian A (i): Ringkasan

(20 markah)


 

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian tulis sebuah ringkasan tentang
kelebihan tinggal di asrama. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi
80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan asal.


 

    Asrama merupakan kemudahan tempat tinggal pelajar yang disediakan oleh kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia. Biasanya pelajar yang tinggal jauh dan kurang berkemampuan diberi keutamaan untuk tinggal di asrama.


 

    Amat bertuah seseorang pelajar yang mendapat tawaran untuk tinggal di asrama. Bayangkanlah, kerajaan bukan sahaja menyediakan tempat tinggal dan kemudahan belajar, bahkan persekolahan mereka turut dibiayai. Pelajar yang tinggal di asrama perlu patuh dan akur dengan peraturan yang ditetapkan seperti bangun awal, membasuh pakaian dan mengemas tempat tidur sendiri. Situasi ini merupakan satu latihan yang baik bagi memupuk semangat berdikari. Pelajar yang tinggal di asrama tidak perlu membuang masa untuk berulang-alik ke sekolah. Setiap waktu yang ada diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Pada sebelah pagi misalnya mereka pergi ke sekolah, waktu petang melakukan aktiviti riadah dan pada sebelah malam pelajar mengulang kaji pelajaran.


 

Keselamatan pelajar – pelajar yang tinggal di asrama turut diberi perhatian. Warden asrama sentiasa melakukan rondaan untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin. Selain itu, pelajar juga tidak sewenang-wenangnya keluar masuk asrama. Jika hendak meninggalkan asrama, mereka perlu mendapat kebenaran daripada warden asrama. Perpaduan dalam kalangan pelajar yang tinggal di asrama amat mudah disemai. Meskipun mereka terdiri daripada pelbagai bangsa, agama serta latar belakang keluarga yang berbeza, namun mereka hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Mereka sentiasa bekerjasama, tolong-menolong dan bantu – membantu antara satu sama lain.


 

Memang hidup senang dan mewah sekiranya kita tinggal di asrama. Makanan dan minuman disediakan oleh pihak sekolah. Kebersihan makanan pula terjamin kerana setiap hari warden asrama akan melakukan pemeriksaan kepada pekerja yang menyediakan makanan pelajar. Terdapat sesetengah sekolah yang mempunyai asrama menyediakan pelbagai kemudahan seperti mesin basuh, telefon awam, televisyen, perpustakaan dan sebagainya. Kemudahan tersebut sedikit sebanyak memberi kesenangan dan kemudahan kepada pelajar.


 


 


 


 

Bahagian A (ii): Pemahaman

(10 markah)


 

Berdasarkan petikan
Bahagian A,
jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.


 


 

1.Berdasarkan petikan, apakah maksud rangkai kata amat bertuah.        ( 2 markah )


 

2. Mengapakah warden asrama selalu melakukan rondaan di asrama?    ( 4 markah )


 

3. Pada pendapat anda, apakah keburukan yang timbul sekiranya kita

tinggal di asrama? ( 4 markah )

LATIHAN PERIBAHASA

LATIHAN PERIBAHASA

Peribahasa

Maksud


 

Ibarat itik pulang petang

 


 

Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak

 


 

Seperti abu di atas tunggul

 


 

Seperti api dalam sekam

 


 

Seperti anjing dengan kucing

 


 

Seperti cacing kepanasan

 


 

Seperti cincin dengan permata

 


 

Seperti embun di hujung rumput

 


 

Seperti hujan jatuh ke pasir

 


 

Seperti ikan kena tuba

 


 

Seperti isi dengan kuku

 


 

Seperti pinang dibelah dua

 


 

Seperti katak di bawah tempurung

 


 

Seperti melukut di tepi gantang

 

LATIHAN MEMBINA AYAT


 

LATIHAN TATABAHASA : BINA AYAT

Perkataan

Contoh Ayat


 

lawatan

 


 

risikan

 


 

intipan

 


 

tilikan

 


 

melencong

 


 

melengkung

 


 

beralun-alun

 


 

berliku-liku

 


 

menggubah

 


 

mengubah

 


 

menyulam

 


 

mencucuk

 


 

berteduh

 


 

bermalam

 


 

berselindung

 


 

bersembunyi

 


 

cantik

 


 

lembut

 


 

murah

 


 

segak

 


 

anda

 


 

kalian

 


 

awak

 


 

mereka

 


 

menyapu

 


 

mengesat

 


 

mengibas

 


 

mengipas

 


 

menguli

 


 

melecek

 


 

melumur

 


 

menggelek

 


 

penelitian

 


 

penyiasatan

 


 

penyelidikan

 


 

pemeriksaan

 


 

di

 


 

pada

 


 

kepada

 


 

daripada

 


 

riuh

 


 

kalut

 


 

bingit

 


 

kacau

 


 

mewarisi

 


 

mendiami

 


 

memasuki

 


 

mendekati

 


 

berasaskan

 


 

berdasarkan

 


 

berpandukan

 


 

berlandaskan

 


 

bersumberkan

 


 

bermodalkan

 


 

anak emas

 


 

patah hati

 


 

mati kutu

 


 

lintah darat

 


 

bunga dedap

 


 

maklum balas

 


 

soal jawab

 


 

soal siasat

 


 

kaji selidik

 


 

negarawan

 


 

sejarahwan

 


 

cendekiawan

 


 

dermawan

 


 

seniman

 


 

sasterawan

 


 

susah senang

 


 

pahit getir

 


 

jerih perih

 


 

susah payah

 

LATIHAN BAB2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

PUSAT TUISYEN RESTU JAYA

LATIHAN SEJARAH

TARIKH : 1 MEI 2010

BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA


 


 


 


 

    
 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

    
 


 


 


 


 


 


 


 

  1. Jelaskan sebab-sebab pemimpin tempatan menentang British.

    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

  2. Huraikan penentangan Rentap di Sarawak terhadap British.

    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


     


     

  3. Jelaskan faktor-faktor kebangkitan (pemangkin) nasionalisme di negara kita sebelum Perang Dunia Kedua.

    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


     

LATIHAN BAB 1 : IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA

PUSAT TUISYEN RESTU JAYA

LATIHAN SEJARAH

TARIKH : 24 APRIL 2010

BAB 1: IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA

  1. Bincangkan perubahan pentadbiran sebelum dan selepas penjajahan di negara-negara Asia Tenggara.


     

    Filipina

Sebelum Penjajahan

Semasa Penjajahan


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

 


 


 

Indochina

Sebelum Penjajahan

Semasa Penjajahan


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

 


 

Burma

Sebelum Penjajahan

Semasa Penjajahan


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

 


 

Tanah Melayu

Sebelum Penjajahan

Semasa Penjajahan


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

 


 


 

  1. Nyatakan ciri-ciri perbezaan gerakan gerakan nasionalisme antara tahap pertama dengan tahap kedua di Asia Tenggara?

    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


     


     

  2. Bagaimanakah kuasa-kuasa Barat menangani gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara?

    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


     


     

  3. Pada pandangan anda, apakah iktibar yang dapat diperoleh daripada gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?

    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


     

09 Mei 2010

KAU AKAN KEMBALI

Aku terima berita dari mu
Kau akan kembali seperti yang diduga
Bertahun berlalu kau berada dirantau
Kau akan kembali ke pangkuan ibunda

Sawah terbentang dan padi menguning
Daun nyiur melambai angin timur membelai
Riak air di kali bagaikan bersedia
Membasuhi tubuh mu dari debuan kota

Sayup-sayup terdengar merdu suara seruling
Mendendangkan lagu anak desa
Kau pergi dahulu keranan dah jemu
Kau telah impikan satu hidup baru
Pahit manis seorang kembara
Segalanya telah kau rasa

Desa nan permai setia menunggu
Tiada bezanya seperti masa dulu
Namun kami semua tiada pernah jemu
Segalanya indah selalu


 

Lagu : Sudirman

SELAMAT HARI IBU.. DAN KERINDUAN BUATMU DESA

Lambaian daun nyiur di desa
Menghembuskan angin segar dari kelelahan di kota
Untuk ku kembali ke desa tercinta

Di hadapan rumah itu ada kolam indah
Ada ikan haruan, talapia dan macam-macam lagi
Di tepinya ada sungai yang cantik
Di belakangnya ada banyak pohon buah-buahan

Di desa ini ada seorang ibu yang menunggu pulangku
Menyajikan masakan kampung
Untuk melepaskan kepenatan lelah di kota

Rumah yang sangat besar ini
Akan sentiasa sunyi
Maka, aku ingin pulang untuk bergembira,
memancing haruan, melastik burung, mandi sungai,
juga ingin ke dusun di lereng bukit melihat pohon durian,
langsat, rambutan, mangga dan pokok salak.

Juga ingin ke ladang melihat khabar kelapa sawit
Ke ladang pisang dan ...
oh.... banyak sungguh sebenarnya yang telah ku biar lama kerana kesibukan

Aku akan kembali membangunkan desa yang luas ini...

08 Mei 2010

BERITA MENYAYAT HATI

LELAKI MATI TINGGAL NOTA UNTUK ISTERI

Akibat tidak dapat menahan tekanan berikutan hidup dalam kemiskinan dan kehilangan pekerjaan mendorong seorang lelaki berusia 41 tahun mengambil keputusan drastik untuk menamatkan riwayat hidup sendiri.

Dengan hanya beberapa ringgit dalam kocek seluar serta sekeping nota yang ditinggalkan untuk isteri dan anak berusia lima bulan, Khairudin Wazir Khan ditemui terbaring berlumuran darah di tilam oleh rakan sebiliknya di Flet Sri Kolam di sini, kira-kira jam 12.15 pagi semalam dengan kesan tikaman di dada dipercayai menggunakan sebilah pisau lipat.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin, berkata setakat ini polis menolak kaitan jenayah dengan kematian itu tetapi siasatan diteruskan.

Khairudin dipercayai meninggalkan keluarganya di Setiu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan hingga dua bulan lalu apabila dia diberhentikan kerja.

Rakan sebiliknya yang tidak mahu dikenali berkata, Khairudin berkahwin semula dengan isterinya lebih setahun lalu selepas mereka berpisah selama 10 tahun.

Bagaimanapun, selepas kehilangan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan, dia masih gagal mendapat kerja baru walaupun sudah puas mencari kerja di daerah ini.

Seorang jiran, Alias Muhammad, 43, berkata beberapa jam sebelum itu, Khairudin menceritakan kisah sedih kehidupannya kepada beberapa penduduk flet itu di gerai makan berhampiran.

Katanya, Khairudin memberitahu mereka dia sudah berhutang sebanyak RM160 dan masih terhutang wang sewa rumah.

03 Mei 2010

DISIPLIN : SEPENDAPAT DENGAN DATUK A. KADIR JASIN

KITA diminta bersimpati. Tetapi kita juga diajar jangan terlalu emosi. Kita kena faham pokok dan pangkal, baru kita menjadi orang berakal.

Mati di jalan raya itu bukan tragedi. Mati minum Paraquat pun bukan tragedi. Ia sekadar kematian yang menyedihkan. "Tragic" dalam bahasa Inggeris. Tragis kata bahasa Indonesia yang kita guna pakai.

Tragedi, dalam pengertian asalnya adalah drama atau sandiwara yang kesudahannya menyayat hati umpama Uda dan Dara, Romeo dan Juliet. Peristiwa yang menyedihkan tidak semestinya tragedi. Ia boleh menjadi komedi.

Mati berlanggar di jalan kerana menandu tanpa lesen atau ditambah polis kerana enggan berhenti bukan tragedi. Ia sekadar "tragic" – menyedihkan atau menghibakan.

Tetapi apa nak buat. Banyak istilah asing apabila diserahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka atau diserapkan ke dalam bahasa Melayu, lain pula maksud dan pengertian yang diberikannya.

Saya pun tidak faham, malah naik sasau apabila perkataan "ori" khabarnya diterima pakai oleh DBP bagi membawa erti asli atau original. Emotional atau emosi sudah jadi "emo".

Bahasa Inggeris, sepanjang pengetahuan saya, tidak pula menyingkatkan original menjadi ori atau emotional menjadi emo. Yang guna ori dan emo ni remaja. Tetapi orang tua pun sudah terikut-ikut.

Satu Malaysia yang guna bahasa Melayu. Itu kata Perlembagaanlah. Tetapi kerana terbawa-bawa dengan bahasa Inggeris, maka kecewa disangka "frust". Jadi ramailah kerana "frust" lantas bunuh diri, mengambil madat, lari dari rumah dan macam-macam lagi.

Lulusan universiti pun sangka "frust" itu adalah perkataan Inggeris untuk kecewa atau hampa. Jadi bila saya beri mereka kamus Oxford dan suruh mereka cari perkataan "frust", mereka terpinga-pinga kerana tidak ada. Istilah sebenar Inggeris adalah "frustration".

Jadi, budak 15 tahun mati ditembak polis ketika memandu dan enggan berhenti sekatan buka tragedi. Ia kejadian "tragic" (menyedihkan) yang tidak sepatutnya berlaku kerana BUDAK 15 TAHUN TIDAK LAYAK MEMANDU KENDERAAN BERMOTOR.

Yang menjadi tragedi ialah apabila sebahagian besar masyarakat tidak menyoal bagaimana Aminulrasyid Amzah yang berumur 15 tahun boleh bawa kereta sebaliknya bulat-bulat menyalahkan polis.

Sedangkan soalan yang wajib ditanya dan dijawab ialah siapa yang mengajarnya memandu kereta sedangkan undang-undang berkata umur minimum memandu kereta adalah 17 tahun (Lesen Memandu D) dan motosikal 16 tahun (lesen B2 -250 kuasa kuda).

Soal dia "pinjam" kereta kakaknya adalah perkara kedua yang tidak akan timbul kalau tidak ada persoalan pertama iaitu siapa yang mengejarnya memandu kereta sedangkan dia di bawah umur.

Kita boleh salahkan polis kerana "trigger happy". Itu Ketua Polis Negara, Musa Hassan, wajib siasat dan wajib jawab kerana memang ada kecenderungan di kalangan sesetengah anggota polis menggunakan kekerasan.

Tetapi nak salahkan polis bulat-bulat pun tak kena. Kerap juga anggota polis yang membuat sekatan jalan raya, mengawal lalu lintas atau meronda dirempoh sampai mati oleh penjenayah dan oleh pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.

Bayangkan, apa pula pendirian kita kalau budak-budak bawah umur ini membawa kereta dan berlanggar dengan orang yang ada lesen di jalan raya sampai mati atau cedera parah?

Hanya orang yang ada lesen yang sah sahaja dibenarkan oleh undang-undang untuk memandu kenderaan bermotor. Budak 15 tahun tidak dibenarkan kerana dia belum berhak memiliki lesen memandu.

Saya pun ada anak. Sejak mereka lahir saya sudah ada kereta. Tiga daripada mereka sudah ada lesen dan seorang sedang belajar dengan sekolah memandu.

Sebelum mereka belajar dengan sekolah memandu dan lulus ujian memandu, saya tidak benarkan mereka menyentuh stereng – tak kira kereta saya atau kereta orang lain.

Saya tidak benarkan mereka memandu jauh-jauh atau lewat malam sehinggalah mereka cukup cekap. Sebenarnya tidaklah susah sangat nak disiplinkan anak-anak demi keselamatan kalau ibu bapa ada akal dan ada disiplin.

Justeru itu, saya susah sikit hendak bersimpati dengan orang yang sayangkan anak sampai abaikan undang-undang dan keselamatan.

Dan terlanjur Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, mengarahkan agar tidak ada apa-apa disembunyikan dalam siasatan kematian Aminulrasyid Amzah, pihak terbabit perlu siasat siapa yang mengajar dia memandu, kenapa begitu mudah membiarkan anak-anak melanggar undang-undang dan membenarkan remaja keluar rumah lewat malam.

Sambil-sambil itu, cuba buat pemeriksaan di sekolah-sekolah menengah takut-takut ramai lagi budak 15 tahun bawa kereta atau tunggang motosikal.