28 Oktober 2011

Kedinginan Senja Memilukan

Kedinginan senja
Menusuk ketulang
Si miskin menangis
Kesejukan kerana berselimutkan gerimis
Berbantalkan bayu senja dan irama guruh
Diterangi cahaya halilintar
Memecah hening dan sunyi


TAJUK PENTING SEJARAH SPM 2011

TINGKATAN 4

1. Piagam Madinah (Isi kandungan dan kepentingan Piagam Madinah)
2. Sistem Khulafa al Rasyidin (Cara Perlantikan, Syarat dan Sumbangan Khalifah Abu Bakar dan Umar).
3. Pengaruh Agama Hindu Buddha dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di Asia Tenggara.
4. Zaman Gelap dan Reformation di Eropah.

TINGKATAN 5

1. Gerakan Islah
2. Peranan akhbar, majalah dan persatuan
3. Suruhanjaya Reid
4. Suruhanjaya Cobbold
5. Malaysia dalam kerjasama antarabangsa
6. Nasionalisme tahap kedua di Thailand

13 Oktober 2011

Tajuk Penting BM SPM 2011

Kertas 1 Karangan Respons Terbuka, Tajuk Perpaduan Kaum sangat penting khususnya menyentuh langkah menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Soalan tidak semestinya menyentuh tentang semangat dan konsep 1 Malaysia, tetapi menjurus kepada mekanisma untuk menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.