25 Jun 2012

Seorang Tua Yang Kesakitan

Aku lihat
Kelibat tubuh seorang tua
Terbaring lesu di pinggir hidup
Dalam pandangan yang lemah Ke tembok batu yang melangiti tidurnya
Aku tahu ia lapar
Bajunya lusuh
Berbau busuk dan koyak rabak
Ia tidak punya wang Ia tidak punya rumah
Ia cuma punya kehidupan
Yang penuh cerita duka
Aku bertanya lagi
Kepada diri dan kepada alam
Adakah ia memilih hidup duka?
Atau duka tidak pernah melepaskan dirinya

14 Jun 2012

Jangan Takut

Jangan takut pada malam
Kerana malam hanyalah gelap
Kegelapannya adalah nikmat
Untuk kita tidak melihat
Apa yang tergambar tika siang

Jangan takut pada ombak
Kerana ombak dirindui pantai
Sebagai seruan suara alam
Yang membuang kesunyian
Dalam sepi dan sedih

Jangan takut
Kerana takut adalah penyakit
Yang menyebabkan kegagalan berterusan