06 Mei 2009

NOVEL BUKIT KEPONG


Pihak lnggeris mengisytiharkan darurat ke seluruh Tanah Melayu pada Jun 1948 akibat daripada ancaman pengganas komunis. Othman yang baru berusia 19 tahun dan berasal dari Kampung Keladi di Kulim Kedah berminat menjadi polis walaupun dilarang oleh ibunya. Setelah menamatkan latihan selama enam bulan di Pusat latihan Polis Kuala Lumpur, Othman berkahwin dengan Limah. Selepas itu dia memulakan perkhidmatan di Pagoh, Muar, Johor.

Beberapa bulan kemudian, Othman ditukarkan ke Rumah Pasung Bukit Kepong. Limah yang sedang hamil terpaksa di hantar balik ke kampung. Pada ketika itu ancaman pengganas komunis di Bukit Kepong dan kawasan sekitarnya semakin hebat.

Pada subuh 23 Februari 1950, 200 orang pengganas komunis menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong yang hanya dipertahankan oleh 18 orang anggota polis. Pasukan polis diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah. Walaupun bilangan anggota polis sangat kecil tetapi mereka berjuang dengan berani. Akhirnya, hanya empat orang anggota polis yang terselamat, termasuk seorang anggoto polis tambahan. Othman turut terselamat tetapi mengalami kecederaan di lutut kiri dan tangan kiri.

Setelah menerima rawatan selama empat minggu di Hospital Muar, Othman dibenarkan bercuti. Dia segera balik ke kampung. Isterinya yang baru melahirkan nak lelaki mengalami tekanan jiwa apabila mendapat "berita" kononnya Othman telah meninggal dunia. Othman meletakkan jawatan apabila keadaan isterinya semakin teruk sehingga dihantar ke Hospital Bahagia di Ipoh. Kaki kiri Othman pula terpaksa dipotong kerana kecederaannya tidak dapat dipulihkan.






SINOPSIS

Novel ini mengisahkan peristiwa Bukit Kepong dan mengenang jasa anggota-anggota polis Bukit Kepong yang berjuang menentang pengganas komunis sekitar tahun 1950. Dalam peristiwa itu, ramai anggota polis yang terkorban setelah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Salah seorang anggota polis yang terselamat ialah Othman Yusof. Beliau meneruskan hidup dengan cekal di samping isterinya yang mengalami sakit jiwa akibat peristiwa Bukit Kepong.



TEMA

Perjuangan menentang pengganas komunis


PERSOALAN

  • Semangat juang yang kental

  • Bersatu menentang kezaliman

  • Mengenang jasa pejuang

NILAI

  • Berani

  • Bijaksana

  • Setiakawan

  • Patriotik/Cinta akan negara


PENGAJARAN

  • Kita hendaklah mengamalkan sikap cintakan negara

  • Kita perlu tolong-menolong dalam kehidupan bermasyarakat

  • Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berkorban untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cikgu, boleh cikgu beri nota ringkas keseluruhan untuk novel yang susah difahami ini.

TQ.......

Cikgu Ibrahim berkata...

Cikgu akan berikan nota keseluruhan sedikit masa lagi.