17 Julai 2009

TAJUK KARANGAN 2 : CARA MENGEKALKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

1. Hubungan kekeluargaan harus dipupuk pada peringkat akar umbinya dan ibu bapa seharusnya sedar betapa institusi keluarga ini merupakan pokok pangkal kehidupan kita.
2. Pegangan agama harus diperkukuh dari awal lagi agar remaja yang akan membesar ini dapat menagkis segala pengaruh negatif yang semakin berleluasa.
3. Ibu bapa harus meluangkan masa yang banyak bersama keluarga, mendengar masalah anak-anak, dan melayan kerenah anak-anak yang sebenarnya menuntut perhatian mereka.
4. Ibu bapa harus juga bijak menangani masalah yang timbul agar tidak terlalu memberikan tekanan kepada anak-anak yang bermasalah.
5. Ibu bapa harus prihatin dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku kepada anak-anak walaupun sedikit kerana pencegahan peringkat awal adalah lebih mudah.
6. Anak-anak juga harus bertolak ansur dan bertimbang rasa kepada ibu bapa masing-masing yang bertungkus lumus mencari rezeki untuk membesarkan mereka.
7. Sistem pendidikan juga dapat memainkan peranan dengan memberikan pendidikan yang lebih baik dan berkesan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hum.. zaman skrang n ssh la... ibu bapa buat la mcm mn pun.. semua x kena di mata anak2... klu manja sgt.. lain plak jd... klu rotan... lain plak jd... masalah3...

Cikgu Ibrahim berkata...

Betul kata Cik Yulan, sebenarnya zaman sekarang untuk mendidik generasi moden sangat susah, semuanya kerana himpitan ekonomi apabila ibu kebanyakannya perlu bekerja. Hubungan kekeluargaan terutamanya Islam ada juga kaitannya dengan pelajaran agama yang nampaknya kurang diberi perhatian oleh kerajaan dari segi pengisiannya.

Tanpa Nama berkata...

betul tu cikgu...
saya lebih suka cara ayah sy mendidik.. tegas.. selalu bermain dengan rotan.. dari kecik dah disuwuh berdikari.. mak main kan peranan penting tuk menunjuk arah perjalanan hidup kami... diri sendiri pun penting.. jangan terlalu mengikut kawan..

Cikgu Ibrahim berkata...

Kasih ibu membawa ke Syurga
Kasih ayah sepanjang masa. Nasihat ibu bapa tidak ternilai harganya walau dengan selaksa permata.

Tanpa Nama berkata...

dl.. mmg sy x faham...
sekarang sy faham knp diorang buat mcm tu.. biarpun x kawen lagi.. tp.. dapat merasai semua yg mak ayah sy rasai selama membesarkan kami