27 Ogos 2009

JENAYAH MEMBIMBANGKAN

Pernah sekali saya ke Taman Megah dan melihat sebuah Estima yang dipecahkan cerminnya hanya dalam masa beberapa minit walaupun dalam keadaan yang agak sibuk dilaluan utama dan orang lalu lalang.
Kemudian di Petaling Jaya, saya juga ada ternampak sebuah kereta yang telah dipecahkan pada waktu tengahari. Demikian juga di Shah Alam, Damansara, Kepong dan kawasan-kawasan lainnya. Jenayah pecah kereta ini semakin menjadi-jadi.

Menjelang musim-musin perayaan, maka sering kita dengar rungutan tentang banyaknya kes pecah rumah dan jenayah lain. Saya sendiri menjadi mangsa apabila kereta milik saya dipecahkan hanya dalam tempoh 1 jam 30 minit saya meninggalkan kereta itu.

Kejadian ini berlaku di Shah Alam beberapa bulan yang lalu apabila saya mengambil abang saya yang baru pulang dari Singapura. Dia sampai pada pukul 4.30 pagi di Shah Alam dan kemudian saya hantar ke rumah. Saya naik sekejap ke rumah sebelum kembali ke Damansara pada pukul 7.00 pagi. Namun apa yang berlaku ialah seperti dalam gambar di atas.

Di samping beribadat pada bulan yang mulia ini, marilah kita berhati-hati dan menjaga keselamatan diri agar tidak menjadi mangsa jenayah.
Kepada penjenayah, dosa anda dengan orang yang anda rompak akan dibalas dengan azab yang mat pedih di Akhirat nanti.

2 ulasan:

mira amair berkata...

Bukan takat kereta ja cikgu..pecah rumah pun da..baru2 ni adik perempuan saya saja je lalu kat depan rumah saya..rumah tu tgh diubahsuai..takde sape dok kat situ..sekali dia nmpak dua org budak muda dok jenguk2 kot tngkap umah,kebetulan motor 125 adik laki saya ada dlm tu..sekali dia sergah..lari lintang pukang..
menakutkan...

Cikgu Ibrahim berkata...

Betul tu Cik Mira, sekarang jenayah berleluasa di setiap kawasan. Kita perlu berhati-hati kerana penjenayah sekarang semakin berani bertindak melampaui batas.