07 Oktober 2009

ALLAH MAHA BESAR

ARTIKEL dari laman ERAMUSLIM barangkali sudah disalin dalam banyak blog-blog yang lain. Namun dimuat naik semula sekali lagi ke laman kecil ini kerana ia sangat mengesankan lebih daripada kejadian sejadah berdiri atau penemuan jenazah yang masih lagi sempurna di Perlis semalam. Artikel itu bermula begini:
Segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah SWT. Demikian pula dengan musibah bernama gempa bumi. Hanya berselang sehari setelah kejadian, beredar khabar — antaranya lewat pesan singkat — yang mengaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surah dan ayat yang ada di dalam kitab suci al-Quran.


“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran!” Demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah SWT. Berikut ialah ayat-ayat Allah SWT tersebut:

17.16 (Surah Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”


17.58 (Surah al-Israa’ ayat 58): “Tidak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”


8.52 (Surah al-Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah SWT di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

7 ulasan:

POSH76 berkata...

mintak2 mesia dijauhkan dari malapetaka ini...amin...

Cikgu Ibrahim berkata...

Saya juga berharap semoga negara kita terselamat daripada masalah ini.

Fahiz Hussin berkata...

Kita yang masih belum terkena, kena beringat sebelum terkena..semoga negara kita terselamat hendaknya..

Cikgu Ibrahim berkata...

Encik Fahiz, kita sangat bersyukur kerana kerana negara kita tidak diduga dengan bencana yang berat. Cuma saya bimbang bencana keruntuhan moral dalam kalangan anak-anak Melayu kita.

kiki lala berkata...

salam, takut juga kalau2 pkara mcm tu trjadi di negara kita...minta2 dijauhkn...

Cikgu Ibrahim berkata...

Salam kenal blogger Kiki lala, memang perkara ini mohon dijauhkan dari negara kita. Kita bersyukur bahawa negara kita terselamat daripada mala petaka ini.

kiki lala berkata...

terima kasih cikgu sebab sudi follow blog saya yang tak seberapa tu...