Hari ini saya kembali menulis, dengan semangat dan tidak mahu menoleh lagi. Gambar pada catatan kali ini ialah mengenai ladang pisang yang saya usahakan di Sabah. Namun oleh sebab banyak masalah yang melanda saya beberapa bulan belakangan ini, sedikit terjejas dan perlahan rencanaan saya berkenaan kerja-kerja yang saya lakukan. Insya Allah, saya akan membangunkan semula perniagaan yang telah saya rencanakan. Gambar di atas saya ambil ketika kunjungan saya ke Sabah untuk meninjau kerja-kerja pembersihan ladang, untuk penanaman pisang secara besar-besaran.
Penutupan blog ini juga kerana saya sakit dan diserang santau serta sihir oleh manusia yang bertuhankan syaitan. Saya mengesyaki penyalahgunaan gambar yang saya pernah masukkan dalam blog ini diambil untuk disihir oleh manusia yang rosak akidahnya.
Bersambung......
1. Nota BM dan Sejarah
2. Azab yang terpaksa saya tanggung ketika berubat
3. Apa 2 perniagaan yang saya akan daftarkan pada bulan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan