26 April 2010

ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG : PANTUN DUA KERAT

MAKSUD

Rangkap 1 : Hasrat untuk memperoleh sesuatu lagi jika berpeluang.

Rangkap 2 : Sikap banyak bercakap menyebabkan seseorang itu berdusta.

Rangkap 3 : Memohon agar surat atau teks yang dikirim kepada seseorang dijawab setelah membacanya.

Rangkap 4 : Orang yang malas berusaha tidak akan memperoleh apa-apa.

Rangkap 5 : Orang yang bijak lebih mudah memahami pelajaran.
Rangkap 6 : Seseorang mesti bertanggungjawab atas segala perbuatannya.
Rangkap 7 : Orang yang terakhir dalam melakukan bertanggungjawab mengemaskan atau membersihkan kawasan mereka.
Rangkap 8 : Jika mahu akan sesuatu, kita mestilah berusaha untuk mendapatkannya.
Rangkap 9 : Sikap suka menipu dan mencuri akan mencemarkan nama seseorang.
Rangkap 10 : Setelah menerima padah atau kesusahan, barulah seseorang itu sedar.

1 ulasan:

VioNna AnGeLinE berkata...

terima kasih atas penjelasan maksud pantun!!!!!