15 Disember 2010

Ibu, maaf kerana terlalu lama menanti.

Ibu
Jika lama aku tidak pulang
Itu bukan bermakna anakmu telah melupakanmu
Tetapi kehidupan menghimpitnya di kota ini

Ibu
Kerinduanku pada desa
Bunyi kokokan ayam
Desiran angin meniup pepohonan
Tidak pernah kulupakan
Dalam sepanjang hidupku di kota ini

Ibu
Aku akan kembali kedesa
Membawa sesuatu
Selain daripada diriku.

4 ulasan:

wifemdnavy berkata...

Cikgu.. 'membawa sesuatu???!!!' sesuatu yang mungkin terlalu istimewa ke?!!!

azhad azhar berkata...

cikgu mmg suka buat ayat yang boleh membuatkan hati seseorang tersentuh eh? haha

Mrs Poyo berkata...

Cikgu..

pi mana?
lama tak update entri ni..

Cikgu Ibrahim berkata...

Wifenavy, azhad dan amira, maaf lama tak update entry ini. Saya sibuk sejak akhir-akhir ini.


Memang ingin membawa sesuatu yang istimewa.