30 Ogos 2010

AKU ADALAH DERITA ITU

Aku adalah derita itu
Datang dalam baris mimpi-mimpi kesuraman
Datang dalam setiap resah dan gelisah
Menongkah segalah pedih dan lelah
Dalam banjir air mata panas dari kawah kesakitan

Jika hari ini aku ketawa
Itu maknanya jasadku mengalirkan derita
Itu maknanya badanku telah parah luka
Terhiris dengan tajamnya segala senjata
Yang tiada kelihatan di depan mata
Tetapi telah menusuk ke setiap jasad dan nadiku

Jika nanti aku tiada lagi
Aku tidak menyesal akan derita
Yang menimpa diriku.

25 Ogos 2010

KISAH NABI S.A.W

Dalam satu riwayat dikisahkan bahawa ketika beliau mengimami solat berjemaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiap kali beliau berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh. Selepas solat, salah seorang sahabat, Sayyidina Umar bin Khatthab bertanya, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat. Sedang sakitkah engkau ya Rasulullah? "Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sehat dan segar." Jawab Rasulullah. "Ya Rasulullah, mengapa setiap kali Baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh baginda saling bergesekkan? Kami yakin baginda sedang sakit". Desak Sayyidina Umar penuh cemas.

Akhirnya, Rasulullahpun mengangkat jubahnya. Para sahabatpun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah SAW yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar. Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah SAW bergerak. Para sahabatpun berkata, "Ya Rasulullah, adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?". Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu. Tetapi, apa jawapanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya? Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti.

10 Ogos 2010

PERKEMBANGAN TERBARU PENANAMAN PISANG





10 bulan yang lalu, kawasan ini terbiar dengan pokok kelapa tua yang tidak lagi ekonomik. Saya memberitahu kepada adik saya supaya mengusahakan kawasan ini dengan penanaman pisang kerana potensi dan pasaran pisang yang semakin baik. Malah pisang juga lebih "selamat" dari segi pasaran kerana selain boleh dijual segar, buahnya juga boleh diproses menghasilkan industri hiliran yang lain.
Saya memberikan motivasi kepada adik saya supaya bersemangat kerana saya hanya dapat memantau dari jauh memandangkan saya bertugas/bekerja di Kuala Lumpur dan menyambung pengajian di peringkat Sarjana (Insya Allah akan tamat tahun ini). Saya memberi kemudahan dalam bentuk modal untuk membeli barangan bagi membuka ladang tersebut. Hasilnya, selepas tidak sampai setahun, kawasan yang dahulunya tidak ekonomik dan terbiar itu kini menghijau dan Insya Allah akan membuahkan hasil yang semakin banyak.
Buat masa ini, saya memikirkan untuk menjual hasil daripada projek ini secara segar. Tetapi InsyaAllah, pada tahun akan datang, saya akan mula membuka perusahaan membuat kerepek secara besar-besaran.
Walaupun baru-baru ini saya ada membeli sebuah kereta kepada adik saya, namun saya menjangkakan bahawa saya memerlukan kenderaan yang lebih besar untuk tujuan ini. Mungkin Van atau Pacuan 4 roda. InsyaAllah jika semuanya berjalan lancar, saya akan membeli sebuah lagi kenderaan untuk kegunaan perusahaan tersebut.
Apa yang menggembirakan selain progres yang agak baik, projek ini diusahakan tanpa sebarang bantuan daripada agensi kerajaan mahupun swasta. Berbanding orang lain yang diberi bantuan penanaman oleh pihak Jabatan Pertanian, yang nampak hasilnya hanyalah sekadar lalang menghijau.
Apapun yang kita lakukan hendaklah dengan keikhlasan dan penuh kesabaran. Jangan pedulikan apa yang orang lain katakan kerana kadang-kadang lebih banyak yang mengkritik daripada membina semangat.
Rakan-rakan yang punya cadangan atau pandangan tentang perusahaan pisang ini bolehlah meninggalkan komen anda.
POSTING LAIN MENYUSUL
1. Aktiviti memancing di Laut Semporna
2. Penanaman Kelapa Sawit
3. Projek Penternakan Itik
4. Lawatan ke dusun buah-buahan.