03 September 2012

KOLAM PANCING DESA AMAN / SIAKAP DESA AMAN

1. Hari ini aku ingin hikayatkan perihal pancingan di Kolam Pancing Air Masin Desa Aman. Kenapa aku nukilkan kerana aku terlalu kecewa dengan Kolam ini, kedua kerana aku ingin berkongsi ilmu pengetahuan.

2. Biarlah aku perihalkan dahulu tentang aktiviti pancinganku di Kolam ini. Sebenarnya ketika aku menulis hikayat ini, aku telah memancing di kolam ini selama 2 bulan 15 hari. Maksudnya aku baru memancing di kolam ini selama ini 2 bulan 15 hari. 

3. Purata kekerapanku memancing ialah sekali dalam seminggu. Bayaran sekali masuk ke kolam ini dalam lingkungan RM 60 ringgit. (RM 63 atau RM 62). 

4. Dalam tempoh 2 bulan tersebut, aku telah berjaya menaikkan ikan siakap antara (20-30 ekor). Aku tak dapat pastikan jumlahnya, kerana hampir setiap kali aku pergi, aku akan dapat ikan siakap. 

5. Kolam ini menawarkan Jackpot, iaitu dalam tempoh seminggu, 7 orang yang berjaya memancing ikan terberat akan mendapat wang. Bagi ikan terberat untuk minggu tersebut bayarannya ialah RM 888.00. Namun tujuanku memancing bukanlah untuk mendapatkan wang tersebut, tetapi untuk berfikir, melepaskan tekanan dan merenung masa depan yang terlalu jauh. 

6. Namun pada hari semalam, selepas aku selesai tuisyen pada pukul 7 malam, aku memutuskan untuk pergi memancing. Masuk pukul 7.49, aku menghabiskan sehingga 6 jam. Bersembang soal politik, ekonomi, kerja dengan seorang lagi pemancing di situ. Malam itu, dari pukul 7 aku masuk hingga aku keluar pukul 1.30 jumlah ikan yang berjaya dinaikkan oleh semua pemancing di sekeliling kolam hanyalah 6 ekor sahaja. Cuba bayangkan, ikan tak makan umpan pada malam tersebut. Nanti akan aku ceritakan kenapa ikan di kolam ini kurang makan pada waktu malam.

7. Pada pukul 1.00 pagi, pelampung joranku bergerak, kemudian tenggelam, timbul semula dan bergerak. tali mula tegang. aku tahu ini bukan ikan makan umpan. aku tarik perlahan-lahan dan rupanya ikan tersebut melanggar perambut yang ada mata kail. aku karau perlahan-lahan dan ikan itu ikut hingga ke tepi kolam, aku ambil tangguk dan berjaya mendapat ikan itu. Maksudnya ikan tersebut tidak telan umpan, tapi tidak boleh melepaskan diri kerana tersangkut pada perambut. Ikan itu ikan yang sangat sikat dan kuat, tetapi kerana teknik karauan yang perlahan, membuatkan ikan itu tidak melompat dan bertindak agresif. Hanya apabila ditangguk, barulah ia bertindak melompat dan ingin melepaskan diri.

8. Aku pergi membawa ikan itu ke kaunter dan apabila ku timbang, ikan itu seberat 4.5 KG. Ikan kedua terberat dalam senarai. Tetapi kata tauke kolam, ikan itu tidak boleh di kira kerana ia tidak makan umpan, sebaliknya melanggar tali dan tersangkut. Beberapa pemancing di situ cuba minta berunding dengan tauke kolam, tetapi dia tetap dengan alasannya, ikan itu tidak makan, sebaliknya diperolehi dengan cara melanggar tali. Seorang kuli bangsa Bangladesh yang bekerja di kolam itu minta untuk membeli ikan tersebut, tetapi saya tidak hiraukan dan terus balik membawa ikan itu (walaupun di rumah peti masih penuh dengan ikan) kerana hari sebelumnya saya mendapat 7 ekor sempena pancingan cuti hari merdeka (4 ekor saya jual balik).

9. Saya tidak kecewa kerana tidak mendapat Jackpot tersebut, tetapi peraturan di kolam ini tidak jelas kerana tiada pun dinyatakan jika ikan diperolehi dengan cara tersebut, ia tidak boleh di kira untuk jackpot. 


Perkara Yang Tidak Diketahui Pemancing Tentang Kolam Ini (Jika tahu anggaplah ia perkongsian ilmu)

1. Saya memancing selama dua bulan, bukanlah memancing saja-saja. Kerana sudah menjadi tabiat saya jika melakukan sesuatu, saya akan menjalankan penyelidikan. Mungkin kehidupan saya sebagai ahli akademik membuatkan tabiat menyelidik sukar untuk dikikis.


2. Kolam ini tidak membenarkan umpan anak ikan hidup, kononnya untuk mengelakkan ikan itu membiak. Sebenarnya alasan tersebut tidak munasabah kerana ikan umpan yang dibawa selalunya akan habis, cedera kerana disangkut mata kail atau mati. Percayakah anda bahawa di kolam ini sangat banyak ikan Lampam dan Talapia. Ikan lampan ini akan mematikan umpan anda, manakala ikan talapia pula menjadi makanan ikan siakap pada waktu malam. Jika anda memancing pada waktu malam, peratus untuk dapat agak kurang kerana siakap ini sudah kenyang makan anak ikan yang beribu-ribu di dalam kolam tersebut.

3. Jika anda ingin memancing, jangan memancing jika dua atau sehari sebelumnya hujan turun sangat sangat lebat. Hal ini kerana kandungan kemasinan air kolam itu akan tawar oleh air hujan. Akibatnya ikan mati dan busuk terapung di dalam kolam sangat. Jika anda memancing juga, terutamanya pada waktu malam, maka hanya Tuhan yang dapat membantu anda mendapatkan rezeki. Tapi percayalah, anda boleh saksikan berpuluh ekor ikan mati dan busuk jika keadaan ini berlaku, maka jangan memancing waktu tersebut kerana anda akan rugi.

4. Waktu terbaik pancing siakap Desa Aman: Waktu terbaik jika anda ingin memancing ialah pukul 7 pagi hingga 11 Pagi. Sebelah petang Pukul 3 petang himgga 6 petang. Malam pukul 8-11 malam. Namun paling efektif ialah pagi. 

5. Umpan pancing di kolam ini hanya membenarkan udang hidup, udang kopek dan hirisan isi ikan.

6. Udang hidup dan hirisan ikan (kembong)  paling efektif pada waktu pagi. Hal ini kerana ikan di kolam ini ialah ikan pelihara, jadi tuannya dulu masa pelihara ikan ini di dalam sangkar sudah tentu beri ikan ini makan waktu pagi dan petang. Malam pula ikan ini tidak diberi makan, tetapi dalam sangkar peliharaan, terdapat anak-anak ikan. Sebab itu dikolam ini pada waktu malam, ikan siakap sibuk memburu anak ikan dan sebab itulah tuan kolam ini membiarkan ikan anak ikan memenuhi kolam ini tanpa ada inisiatif untuk membersihkannya. Jika benar, kenapa biarkan kolam ini penuh dengan anak ikan, kenapa tidak dicuci 2 kali setahun?

Saya akan sambung tulisan ini dengan banyak lagi pendedahan supaya para pemancing sekalian tidak rugi jika datang ke kolam ini...

Akan datang..

1. Teknik paling efektif (pelampung, casting atau pancingan dasar)

2. Mata kail yang sepatutnya anda gunakan

3. Lokasi atau nombor tiang yang sesuai pada waktu malam dan siang untuk memancing.

4. Faktor pam air di kolam ini.

5. Perbezaan kedalam kolam dan tempat ikan berkumpul

6. Kawasan yang telah koyak carpetnya dan menyebabkan pelampung anda tersangkut.

dan banyak lagi.


Pesanan
Walaupun memancing sekadar hobi, tetapi kita kena berfikir dan mengkaji supaya kita tidak rugi. Saya tidak akan memancing, jika asyik balik dengan tangan kosong dan wang hangus begitu sahaja.

SELAMAT TINGGAL KOLAM DESA AMAN, AKU BUKANLAH PEMANCING BODOH UNTUK KAU MENGAUT UNTUNG.

6 ulasan:

Komeng berkata...

Huhu thanks..dah 2mlm memBangau kt sini..

LOCOS berkata...

Kalau main casting ok ke kat kolam ni???

musica1031harlot berkata...

Baru nak try ni...demmm

Unknown berkata...

Bos nak tanya port mana yang sesuai waktu petang dan malam kat situ

Unknown berkata...

Dekat tengah ,depan atau belakang yang bagus

Unknown berkata...

Mancing kolam air masin rm3 di jugra, banting,terbaik