13 Mei 2009

KARANGAN BAHAN BERGAMBAR SPM


SAYA MENCATATKAN ISI-ISI PENTING UNTUK KARANGAN BERGAMBAR SPM
Pelajar-pelajar boleh menyalin pada latihan yang cikgu telah berikan .



TAJUK : KESAN-KESAN BANJIR KEPADA MASYARAKAT
Pendahuluan : Banjir antara bencana alam yang ditakuti - boleh memusnahkan kehidupan manusia.
Isi
1. Boleh meragut nyawa, haiwan dan memusnahkan tumbuhan.
2. Memusnahkan harta benda - menyebabkan kemiskinan
3. Menjejaskan aktiviti sosial dan ekonomi - pekerjaan, urusan harian.
4. Menyebabkan penyakit merebak - tiada sumber air bersih - haiwan pembawa penyakit.
5. Menimbulkan kebimbangan masyarakat dan kesan psikologi implikasi seperti trauma.

Penutup - Masyarakat perlu mempunyai kesedaran sivik tentang pencemaran (pembuangan sampah) yang boleh menyumbang kepada berlakunya pencemaran.

Cadangan Peribahasa
1. Sudah terhantuk baru tengadah
2. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
3. Sehelai sepinggang
4. Malang tidak berbau

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hai cikgu apa khabar selamat hari guru dari puteri.Bes lah blog cikgu sangat bagus saya suka tapi cikgu perbanyakan lagi contoh soalan. Jom cikgu saya belanja makan nak sembang sembang dengan cikgu yang berpengetahuan luas.Rindu kat cikgu.

Tanpa Nama berkata...

selamat hari guru semoga cikgu gembira selalu. mmmmuuuah

Tanpa Nama berkata...

hai cikgu bagus lah menggunakan kemudahan yang ada. cikgu adalah yang terbaik. semoga cikgu banyakkan lagi contoh soalan soalan. saya tak berapa faham lah tentang hukum D-M selalu tertukar????

Ibrahim Hj. Musing berkata...

Terima kasih atau ucapan Hari Guru.
Tapi cikgu tak tahu ini Puteri yang mana satu.


Tentang hukum D-M iaitu diterangkan dan menerangkan, cikgu akan tulis dan jelaskan dengan terperinci.

Tanpa Nama berkata...

hai En ibrahim tak kan lah bahan untuk pelajar sekolah sahaja. kami mahu juga.Masuk kan lah nota untuk kami juga pelajar universiti.

Tanpa Nama berkata...

Puisi tentang ILMU

Mempelajari ilmu merupakan kebaikan
Mencarinya merupakan ibadah
Mengingat-ingatnya adalah tasbih
Mendalaminya adalah jihad
Mengajarkannya pada yang belum mengerti adalah sedekah
Mengingatkannya pada yang sudah menegrti adalah taqarub

Ilmu sarana mencapai tempat di surga
teman di waktu sepi
kawan dalam pengasingan
penunjuk jalan kesenangan
penolong dalam kesulitan
hiasan di tengah-tengah kawan
senjata dalam menghadapi musuh

Ilmu menghidupkan hati dari kebodohan
pelita dalam kegelapan
kekuatan dari segala kelemahan
sarana mencapai derajat bagi orang-orang baik
kala hidup di dunia maupun di akhirat

Ilmu merupakan pemimpin
dan amal adalah pengikutnya
Ilmu hanya diberikan
kepada orang-orang yang beruntung
takkan diberikan
kepada orang-orang yang malas

Ibrahim Hj. Musing berkata...

Kepada Tanpa Nama, walaupun saya mengajar di Universiti Malaya, tetapi blog ini tiada seorangpun pelajar di universiti yang tahu. Blog ini khusus untuk pelajar yang di sekolah. Lagipun pada masa ini semester cuti, oleh itu, kalau nak menipu pun biarlah bertempat. Terima kasih.