02 Julai 2009

ANTONIM

Selamat bertemu kembali buat adik-adik di sekolah. Cikgu agak terlewat memasukkan bahan-bahan pelajaran kerana agak sibuk di Universiti Malaya, memandangkan semestar baru telah bermula. Cikgu terpaksa meluangkan sedikit masa untuk persiapan bagi mula mengajar pada minggu hadapan. Bahan kali ini khusus untuk adik-adik yang masih belum menguasai perkataan antonim, iaitu perkataan yang berlawanan maksud.

abadi sementara
abai acuh; peduli
adab beradap biadap
ajak mengajak menghalau; mengusir
alah menang
alir mengalir bertakung
aman huruhara; kacaubilau
amanah curang
angguk geleng
mengangguk menggeleng
asli palsu; tiruan
arif bodoh; jahil, tolol
awas cuai;lalai
atur teratur bersepah;berselerak
azab nikmat
bahagia sengsara
kebahagiaan penderitaan; kesengsaraan
berbahagia menderita
bahaya berbahaya selamat
bakal bekas
bakhil pemurah
bangga malu
membanggakan memalukan
bangkang membangkang menyokong; mencadangkan
Bantu membantu membiarkan
Baring berbaring bangkit; bangun
baru lama; usang basmi
membasmi memelihara; mempertahankan
bawa membawa meninggalkan
bazir membazir berhemat; berjimat
bebas terbelenggu; terikat; terkawal; terkongkong
membebaskan membelenggu; mengawal
membekukan mencairkan
berani gentar; takut

bising senyap; sepi; sunyi
boros cermat; hemat; jimat
buka membuka menutup
cacat sempurna
cedera pulih; sembuh
ikhlas curang; pura-pura
imaginasi kenyataan
syak percaya; yakin
syurga neraka
taat derhaka
mentaati menderhaka
tajam tumpul
takut berani
tawan menawan membebaskan
tegak condong
tegang kendur
tekun malas; sambil lewa
telan menelan meluahkan
tenggelam timbul
tenteram bimbang; kacau; risau
tewas menang
timbus menimbus menggali; mengorek
tulen palsu; tiruan
tunggal banyak; jamak
tutup menutup membuka

[Perkataan lain akan dimuatkan kemudian]

6 ulasan:

YuLaN CoQKod0K berkata...

banyk info.. adik sy baptt tengok n

YuLaN CoQKod0K berkata...

cikgu.. nnt ambik award kat blog sy k

Cikgu Ibrahim berkata...

Terima kasih buat Cik Yulan atas award yang diberikan. Saya amat menghargainya. Seperti kata cik Yulan, "Hargai Apa Yang Kita Ada". Semoga hubungan yang terjalin berterusan baik-baik dengan perkongsian yang bermanfaat.

YuLaN CoQKod0K berkata...

sama-sama...
hhehe.. yup cikgu.. sy sentiasa menghargai apa yg sy ada... owh ye.. blog cikgu n bagus.. cikgu buat la shoutmix kat blog cikgu supaya owg yg lalu lalang boleh bg komen bersahaja.. maksud sy yg chat mcm kat blog sy tu... n cikgu joint n http://dbloggylink.blogspot.com/
unyuk promosi kan blog cik.. supaya owg dapat tengok cikgu nya blog...
nnt ambik award sy tu.. postkan dlm blog cikgu.. xpun letak kat sidebar... yg tepi tu.. just klik kanan n save pict.. ok.. ada apa yg sy blh bantu.. cikgu jgn segan2.. blh email terus kat sy

Cikgu Ibrahim berkata...

Terima kasih buat Sahabat Saya Cik Yulan. Saya sebenarnya kurang mahir dalam hal-hal berkenaan IT, dan baru belajar. Saya sangat terhutang budi dengan panduan yang Cik Yulan berikan itu. Hanya Ilahi yang sahaja membalasnya.

YuLaN CoQKod0K berkata...

xpa cikgu..
perlahan-lahan k...
saya pun x pandai gak..
tp, mmg jenis sy suka terokai sesuatu yg baru.. belajar sndr... kalau slh.. baiki sndr... dah tau slh.. jgn ulang lg.. heheh.. cikgu skrang n mengajar kat mn?