Ada ramai kawan-kawan bertanya, kenapa saya menggunakan lagu sedih dalam blog saya. Sebenarnya lagu itu menyimpan seribu satu kenangan tentang kepahitan hidup yang pernah saya alami. Memori luka itu ialah derai-derai air mata dan kepayahan hidup yang pernah saya lalui. Kemiskinan dan derita, kelaparan dan kehausan serta kepayahan. Saya dahulu begitu miskin dan payah kehidupan keluarga saya. Saya bangkit dan berazam untuk mengubah hidup dan keluarga. Saya tidak ingin terus-terusan melihat ibu menderita kemiskinan dan ayah kepayahan. Jadi memori luka itu adalah sejarah kepayahan dan kepahitan hidup saya tatkala bersekolah. Namun Alhamdulilah kini, hidup saya banyak berubah berkat rezeki dari Allah dan kerja keras serta kesabaran.
10 ulasan:
salam sobat,,ooo jangan terlalu sedih, semua orang mempunyai memori yang menyenangkan serta menyedihkan.
teruskan perjalanan, mesti tuan dah byk cabaran hidup
Sahabat Nura dan Fazz,
Memang hidup ini penuh dengan cabaran. Tetapi betullah, Allah Tidak Akan Merubah Nasib Kita, Jika Kita Tidak Terlebih Dahulu Mengubahnya.
Terima kasih atas dorongan.
salam...
setiap lagu mmg ada maksud yang tersirat dan tersurat pada setiap orang... mak sy selalu cakap.. biar hidup kita menderita dl, ssh dl... sb kita akan dpt kebahgiaan dan kesenangan kelak.. wlaupun kat dunia n kt xdpt.. di akhirat kt tetap dapat... setiap cabaran dan ujian yg diberikan ada hikmah tersendiri... anggap semua n 1 pengalaman.. dan mesti bersyukur dengan apa sj yg kita perolehi..
panjang plak ayat sy.. heheh
Lagu cinta misalnya kadang-kadang kenangan tentang zaman belajar atau susah. Jadi sesekali lirik lagu tidak menggambarkan diri kita. Betullah nasihat Ibu Cik Yulan tu...
kalau sy plak.. lagu hny sekadar dipinggiran ja.. sekadar lagu.. lirik nya buat kita merasa...
Salam cikgu..Cabaran dan pengalaman membuatkan kita lebih tabah dan cekal mengharungi hidup.
Cik Yulan,
Bagi saya lagu ada masanya buat saya lebih bermotivasi atau sedih.
Encik Fahiz,
Benarlah kata-kata saudara itu, menjadi kuatnya kita sesekali kerana cabaran yang kita lalui.
kadang2 kemiskinan dan kegagalan
itulah yang menjadikan kita lebih
kuat dan tabah dalam menempuh
kehidupan
Sunshine, memang betul kata saudari itu. Namun memerlukan pengorbanan yang amat tinggi.
Catat Ulasan