18 Jun 2009

Analisis Cerpen

ANALISIS CERPEN TINGKATAN 1 : ANTOLOGI SEHIJAU WARNA DAUN

HADIAH HARI GURU
Sinopsis
Ramli, anak yatim yang hidup dalam keadaan kemiskinan. Ramli tinggal bersama dengan ibunya, Mak Sopiah dan dua orang adiknya. Sempena Hari Guru yang akan disambut di sekolahnya, Ramli berhajat untuk menghadiahkan sesuatu kepada gurunya, Cikgu Fatimah. Ibu Ramli berasa sedih kerana tidak dapat memenuhi hajat anaknya itu. Ramli telah mengambil keputusan untuk menghadiahkan ulam pucuk janggus kepada Cikgu Fatimah. Awal-awal lagi Ramli telah menyerahkan hadiahnya itu. Cikgu Fatimah berasa terharu apabila membaca nota yang ditulis oleh Ramli. Lantaran itu, Cikgu Fatimah mengambil keputusan untuk mengambil Ramli sebagai anak angkatnya. Pihak sekolah juga berjanji akan memberi bantuan kepada Ramli dan pelajar-pelajar miskin yang lain.
Tema : Ketulusan hati seorang pelajar yang menghargai jasa guru
Persoalan : Menghargai jasa guru; Kemiskinan; Pengorbanan seorang ibu

7 ulasan:

YuLaN CoQKod0K berkata...

thanks cikgu sb jadi follower sy...
nnt cikgu ambik la award kat blog sy tanda terima kasih sebab sudi jd follower sy...

sy suka cerpen n... buat sy terkenang kan cikgu kesayangan sy..

wah... bes r cikgu nk g sabah.. g tengok ladang ek??? bawa skali anak bini jejalan ek?? mesti bes kan...

Cikgu Ibrahim berkata...

bukan jalan-jalan, tapi urusan perniagaan. Saya ada buat perniagaan penanaman pisang jadi kena lawat dan tengok sebab baru mula dalam 60 % dah siap.
Terima kasih juga kerana sudi menjadi follower saya. Semoga dapat berkongsi banyak pengetahuan untuk kejayaan pada masa hadapan.

NURA berkata...

salam sobat trims kunjungannya ke ALJUBAIL.S.A....BLOG ini tidak ada tempat untuk folowernya ya..?

selamat hari guru,,semoga tetap berjuang demi bangsa dan negara,,jasa-jasanya tiada tara.

NURA berkata...

maaf sdh ada followernya,,,td tdk muncul sobat

Cikgu Ibrahim berkata...

Terima kasih. Memangnya kadang-kadang menjadi guru baik di sekolah mahupun universiti itu banyak cabarannya.

YuLaN CoQKod0K berkata...

owh... bagus la.. terus berusaha cikgu.. senang r ada bisnes sndr...
hidup dikendian hari nnt senang la..

tapi, setiap bisnes ada cabaran nya... biar apa pun dah terjadi cikgu kena sabar dan terus kan niat.. jangan separuh jalan tau...

insyaALLAh.. ilmu sy x sehebat cikgu.. sy n hny manusia biasa...

Cikgu Ibrahim berkata...

Cik Yulan yang budiman, terima kasih atas bingkisan kata-kata motivasi yang berharga dan bermanfaat itu.