22 Julai 2009

CERPEN ANNYSS SOPHILLEA : PENTING - SPM 2009

Secara Ringkas Tentang Cerpen
Cerpen ini mengisahkan kehidupan makhluk asing yang mengembara ke bumi untuk mencari saudara kembarnya. Annyss Sophillea berkenalan dengan Akmal. Saudara kembar Annyss telah diculik oleh sepupunya, Strenn kerana berebut takhta di Alstonia. Akhirnya Akmal membunuh Strenn. Nasib Akmal masih samar kerana sesiapa yang membunuh di Alstonia akan turut mati.

Apakah Tema cerpen ini ?
Novel ini bertemakan perebutan kuasa.

Persoalan
1. Persahabatan
2. Penculikan
3. Pembunuhan

Latar
1. Tempat (Bumi, Alstonia)
2. Masa (berlaku pada masa kini)
3. Masyarakat ( Manusia, makhluk asing)

Pengajaran
1. Kita hendaklah menghormati hak orang lain
2. Jadilah sahabat yang setia
3. Jauhilah sikap angkuh.

7 ulasan:

Anuar Manshor berkata...

Nisah Haron perlu baca artikel kau ini!

Cikgu Ibrahim berkata...

Apa khabar Tuan Anuar, lama kita tak jumpa sejak tuan bertugas di Institut Terjemahan Negara.

YuLaN CoQKod0K berkata...

cerpen n penin...
heheh..dah baca sekali.. masih x faham.. terus malas baca.. hehhe

mira amair berkata...

cikgu..dulu saya belajar novel Julia..hehehe..

Cikgu Ibrahim berkata...

To : Cik Yulan
Cerpen ni memang pening dan memeningkan. Saya baca sampai 5 kali baru boleh faham. Pelajar yang saya ajar pula kata dia sanggup kehilangan markah daripada membaca cerpen ni, kerana kalau baca dia akan hilang nyawa. Kelakar betul.

To : Cik Mira
Saya suka Novel Julia walaupun saya tidak mengajarnya kerana zon yang berbeza. Saya suka ketabahan yang dimiliki oleh Julia dan unsur pengajaran yang digarap oleh pengarangnya. Saya mengajar Novel Konserto Terakhir dan Bukit Kepong bagi pelajar di Zon Selangor dan Kuala Lumpur.

YuLaN CoQKod0K berkata...

hehehhe.. sama r cikgu... sy memang x suka cerpen tu...

ha.. betoi tu mira.. kita blajaq julia.. ingt g dulu... tengok video julia.. last2 tidoq dalam bilik tayangan.. wayang yg membosan kan...saya cuma baca awl dengan akhir.. tengah2 xtau apa jd.. heheh

Cikgu Ibrahim berkata...

Pelajar yang tidur masa cikgu suruh buat kerja atau tengok cerita memang jenis yang kuat tidur. Ini satu kesalahan disiplin.