08 Julai 2009

PERIBAHASA MELAYU (PEPATAH)

* Gambar ketika saya mengajar di salah sebuah Pusat Tuisyen, pelajar susah sangat faham Seloka Pak Kaduk, maka saya melukisnya, kelakar juga lukisan tersebut

1. Pepatah ialah peribahasa yang berangkap serta terdapat pengulangan kata di dalamnya.

2. Pepatah juga mengandungi nasihat atau pengajaran daripada orang tua-tua.

Yang berikut ialah sebahagian daripada pepatah yang masih saya ingat maksudnya.


1. belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang.

Maksud: Orang yang rajin.


2. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Maksud: Betapa susah kita melihat penderitaan seseorang, lebih susah lagi orang itu menghadapi penderitaannya.


3. biar putih tulang, jangan putih mata.

Maksud : Lebih baik mati daripada menanggung malu.


4. biar mati anak, jangan mati adat.

Maksud : adat resam yang tidak akan dilanggar atau dibelakangkan.


5. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Maksud : Berbuat baik kepada seseorang biarlah berpatutan, dan berbuat jahat hendaklah dihindarkan sama sekali.


[ Kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3, peribahasa dikemukakan dalam Soalan Kertas 1 sebanyak tiga soalan objektif, iaitu soalan 28, 29 dan 30. Manakala pelajar SPM, Peribahasa dikemukakan dalam Soalan 3 Kertas 2, maka rajin-rajinlah mengingati maksud peribahasa]

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cikgu ada apa2 info tau yng nak masuk dlm PMR n...
adik sy PMR thn n...

Cikgu Ibrahim berkata...

Cik Yulan Yang Budiman, ada petua dan tajuk-tajuk penting 2009. Insya Allah akan saya masukkan. Tetapi yang selalu tepat jangkaan saya ialah SPM (BM dan Sejarah). Namun yang saya ada akan saya kongsikan.

Mrs Poyo berkata...

bgus jgk cikgu blajar sambil melukis..snang paham..

Cikgu Ibrahim berkata...

Cik Mira terima kasih menjadi follower saya. Budak-budak suka sangat kalau saya mengajar dan lukis, pasal mereka dah agak lukisan yang pelik akan terhasil.

Tanpa Nama berkata...

bagus la cikgu.. bdk2 n lbh faham sesuatu yg nmpk dr mendengar ja...
cikgu apa khabar? sy sihat ja.. alhamdulillah...

Cikgu Ibrahim berkata...

Cik Yulan, saya sangat sedih sesedih-sedihnya. Sedih kerana kebenaran bukan lagi berada di tempatnya.