17 November 2009

PERJUANGAN DALAM PEPERIKSAAN

Gambar Kenangan Ketika Menjalankan Ekskvasi Arkeologi Sebagai Memenuhi Syarat Kursus Luar Fakulti Ketika Berada Di Universiti Malaya Mengikuti Pengajian Ijazah Sarjana Muda.



Saya merasakan emosi jiwa pelajar saya tatkala ini berdebar-debar. Berdebar menanti tibanya hari esok. Hari di mana bermulanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan pada hari esok, cikgu mengucapkan Selamat Maju Jaya dan berdoalah agar mendapat ketenangan ketika melewati hari yang penuh getir ini.

Kepada semua pelajar yang saya bimbing, baik yang berada di Subang Perdana, Subang Jaya, USJ, Taman Megah dan semua pelajar yang menduduki peperiksaan di seluruh negara, saya mendoakan semoga kalian beroleh kecemerlangan dalam peperiksaan kali ini. Kerja keras dan komitmen serta kesungguhan kita selama ini, InsyaAllah akan mendapat pertolongan dari-Nya.

Akhirulkalam, tenangka jiwa dan kuatkan azam, tingkatkan semangat serta jangan mudah mengalah selagi pengawas peperiksaan belum berkata "Berhenti Menulis..Masa Tamat".

Salam Sayang dan Bingkisan Doa Untuk Semua Pelajar Saya, Semoga Kalian Beroleh Kejayaan.

2 ulasan:

arazmi seman berkata...

salam buat cikgu
izinkan saya link blog cikgu di blog saya.

kalau berwaktu datanglah
ke http://padangdatar.blogspot.com/

terima kasih

Cikgu Ibrahim berkata...

Sahabat Blogger Arazmi Seman..

Kecil Tapak Tangan, Nyiru Saya Tadahkan.

Saya telah mengikuti blog saudara.