Ketika 7 Disember menjelang tiba
Hatiku hiba, bercampur duka
Sedih hatiku tidak terkata
Hari jadiku seperti tiada makna
Aku bertanya kepada bulan
Pada masa aku dilahirkan
Betulkah kelam cahayanya sang bulan
Atau malam hiba dengan pekat warna awan
Wahai sang suria
Kenapa kau tidak gembira
Kenapa kau tidak tersenyum ria
Mana pergi sinar cahaya
Aku bersendirian dalam riuh kota
Ditemani kenangan sedasawarsa
Mengutip sisa-sisa hidup kecewa
Dalam kolam air mata
Yang tidak pernah ku tahu bila kontangnya
Seorang Insan
Universiti Malaya, KL
2 ulasan:
birthday cikgu ke hari tu?
habis tu knapa sedih?...apa2
pun slmt hari lahir...smoga
panjang umur, murah rezeki
dan diberikan kesihatan yang
baik spjg hidup...
senyum selalu ye...^_^
Saudari Kiki Lala, hidup memang sukar dimenegrtikan, adakalanya sedih datang menjemput tanpa diundang.
Catat Ulasan