25 Disember 2009

HUJAN AIR MATA MEMBANJIRI HATI

Hujung tahun terasa menyedihkan. Entah kenapa aku menjadi seperti 5 tahun yang lalu. Bersedih dan sering bersedih. Kadang-kadang aku melihat diriku terlalu lemah melawan arus yang melanda. Tapi aku tidak mengerti kenapa jiwaku mudah menjadi begitu. Tapi kurasa seperti ada kekecewaan yang teramat rahsia. Hingga kini belum pernah kukatakan pada sesiapa. Biarlah antara aku dengan Allah s.w.t. Sesiapa sahaja boleh mengatakan dan mencari segala kelemahan dalam diriku. Tapi aku akan memendam apa yang terbuku dihatiku. Biarlah sesiapapun menghamburkan segala kata-kata dan prasangka, namun aku akan tetap berdiam diri. Berdiam diri dan berjalan di serpihan kaca kata-kata yang mengaibkan diriku. Walau lukanya terlalu pedih, tapi tidak sepanjang jalan akan kulalui serpihan kaca yang melukakan itu.

Wahai angin, hembuskanlah padaku kedinginan dan kesegaranmu pada jiwaku yang gundah..
Wahai mentari, sinarilah kelopak mataku agar airmata yang bergenang kering dan tidak tumpah..

Pernah sekali aku memandu terlalu laju (160km/j). Dan kurasa ketika itu kereta bergerak terlalu perlahan seperi dalam kesesakan lalulintas. Jiwaku kosong dan sedih. Pernah juga aku membaca buku dan journal dari pagi sampai malam tanpa makan. Semuanya berlaku akhir-akhir ini.

Hujan airmata terus membasahi jiwa dan perasaan ku, kolam hatiku dibanjiri limpahan pilunya.

8 ulasan:

NOR FATIHAH AHMAD @ MOHD NOOR berkata...

Apa nak dikata?
Kejam celik..kejam celik
Entah macam mana ...
Maka masuklah tahun baru 2010!

Memang hidup ini penuh dengan asam garam suka duka pahit manis kehidupan!
Ada yang berjaya senyum ketawa
Manakala yang lain pula, penuh dengan duka akibat kegagalan atau penderitaan!

Masa berjalan terus tanpa belas kesihan!
Tanpa memandang kebelakang...

Dan usia semakin bertambah!
Yang muda semakijn tua dan yang tua semakin menuju ke kubur!
Rumah kata pergi, kubur kata mari!

padahal apa yang tinggal???

Sebuah kenangan sejarah kehidupan yang bakal dibawa balik buat perhitungan
di hari pembalasan!

Ada yang berkata...
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali!
Hidup didunia hanyalah sementara
Akhirat jua yang kekal....

pesanan:
janganlah terus bersedih yang boleh menganggu kerja dan kesihatan. saya percaya hal ini hanya sementara yang ingin menguji kesabarab dan keimanan.
semoga tahun 2010 memberi sinar kegembiraan kepadamu.

hans berkata...

apa yg dirisaukan sangat sampai macam tu jadinya?

wifemdnavy berkata...

Sedey nye... tapi kenapa ye?

Cikgu Norhaliza™ berkata...

Salam Cikgu Ibrahim,

Ada masa dan ketikanya, saya juga ada merasakan perasaan seperti itu. Tapi, perlu diingat hidup perlu diteruskan jua.

Cikgu Ibrahim berkata...

Saudari Nor Fatihah, terima kasih atas nasihat saudari itu.

Cikgu Ibrahim berkata...

Sahabat Hans, saya mengalami tekanan yang tidak dapat saya gambarkan. Dicampur pula memori bersama ayah menjelma, tapi saya tidak sempat memberinya kesenangan kerana ayah meninggal 3 bulan lepas saya konvokesyen pada 2004. Hanya doa yang dapat dikirimkan.

Cikgu Ibrahim berkata...

Saudari Wifenavy, saya rasa hidup saya tiada erti kerana kesenangan yang saya lalui sekarang tidak sempat saya kongsi dengan arwah ayah. InsyaAllah tahun 2010 saya ingin bahagiakan ibu saya.

Cikgu Ibrahim berkata...

Cikgu Norhaliza, memang hidup perlu diteruskan. Patah sayap terbang juga, patah sayap bertongkatkan paruh. Tapi air mata tetap juga mengalir membasahi bumi. Dalam hidup saya sejak berkerjaya pada tahun 2005, inilah saat yang paling pilu dalam hidup saya.