02 Disember 2009

SEMALAM DAN MIMPI

Semalam aku memandu kereta meluncur laju membelah kesibukan kota. Dalam hatiku terlalu sedih mengenangkan hari-hariku. Seharian aku duduk di pejabat ku. Ku kunci. tiada sesiapa boleh masuk. Kalau ada yang mahu jumpa kena telefon atau sms. Sebabnya aku ingin membaca hampir 30 journal berbahasa Inggeris. Rasa mahu pecah terburai segala isi kepalaku.
Aku berhenti singgah makan di Secret Recepie. Minum kopi dan makan (tak tahu apa nama menu tu tapi sedap) sambil memandang orang yang lalu lalang. Habis makan aku membayar dengan harga RM 25.00. Kalau makan rojak dengan cendol baru RM 4.00. Tapi apalah nak jimat sangat, gaji dan pendapatankan lain kan ada. Kenapa nak kedekut sangat.

Tapi aku tak tahu kenapa aku sedih, mungkin terlalu penat dengan kerja.

Malamnya aku tertidur lalu bermimpi bertemu Laksamana Hang Tuah. Laksamana menasihatiku agar tidak sedih kerana banyak kerja yang perlu aku lakukan untuk bergelar Dr atau Profesor muda. Aku terjaga lalu bangun menuju bilik air untuk mandi dan kemudian meneruskan hari seperti biasa. Aku masih berfikir tentang semalam dan mimpiku.

4 ulasan:

padangdatar berkata...

salam cikgu ibrahim

guru sebagai aktor
apa pandangan cikgu?

Cikgu Ibrahim berkata...

Saudara Arazmi Seman, guru itu segala-galanya. Bisa jadi teman, sahabat, ibu, bapa dan paling mustahak ia punyai ilmu yang banyak untuk disampaikan. Namun tika ini, tidak semua guru itu memahami jiwa dan roh sebenar seorang guru.

bz the witch berkata...

wah! jumpa hang tuah?
memang 'bertuah'lah cikgu ni...hehehe...
teruskan usaha utk mcapai apa
yg dicita...'berpenat2 dulu,
berehat2 kemudian'

Cikgu Ibrahim berkata...

Saudari Kiki Lala, terima kasih atas dorongan anda. Semoga saudari juga berjaya.