BAB 1
Ketika minum petang, Mak Cik Noraini melayan Julia sambil memerhatikan kepulangan papa Julia yang membawa kacang panjang yang dipetik dari kebunnya. Papa terus mendapatkan mama yang sedang menunggunya sambil berbual dengan penuh mesra. Sambil berseloroh papa meminta mama untuk memasakkan lauk kegemarannya. Julia hanya memerhatikan gelagat kedua-dua orang tuanya yang sempat bergurau senda. Sesekali Julia yang sudah menjadi anak dara berasa segan melihat telatah mereka yang sangat mesra dan tidak pernah berenggang. Tetapi, Mak Cik Noraini sekadar tersenyum dan dipercayai banyak menyimpan rahsia tentang kedua-dua insan tersebut.
BAB 2
Beberapa minggu kemudiannya, Julia pulang dari sekolah sendirian sambil merungut tanpa mama. Mak Cik Noraini melayan Julia dengan menghidangkannya bubur jagung yang mengembalikan pertemuan papa dan mamanya. Tiba-tiba Julia teringat kembali peristiwa jari mama yang terluka akibat terhiris pisau dan terpaksa dibawa ke klinik. Papa sangat mengambil berat terhadap mama dan masih bergurau senda dengan mama untuk meringankan kesakitan yang ditanggung mama. Lamunannya terhenti apabila ditegur oleh Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini sempat juga mengimbau kembali kisah silam papa dan mama Julia. Sedang Julia dan Mak Cik rancak berborak, mama dan papa balik sambil masing-masing tersenyum antara satu sama lain. Secara tiba-tiba, papa memberitahu berita gembira kepada Julia bahawa dia akan dapat seorang adik. Julia terlalu gembira walaupun Mak Cik Noraini tidak berapa senang dengan berita tersebut kerana risau akan keadaan mama yang pernah mengalami komplikasi ketika melahirkan Julia dahulu. Tetapi, bagi mama dan papa mereka sudah bersedia untuk menerima segala ketentuan Ilahi kelak.
BAB 3
Petang itu, Julia terdengar perbualan Mak Cik Noraini yang mengingatkan mama tentang peristiwa ketika melahirkan Julia 16 tahun yang lalu yang menyebabkan mama kehilangan darah yang banyak dan tidak sedarkan diri. Mama serba salah dan tidak sanggup menolak untuk memenuhi hasrat suaminya yang ingin akan zuriat walaupun menyedari risiko yang bakal dihadapinya. Perbualan mama dan Mak Cik Noraini terhenti sebaik sahaja papa pulang, manakala Julia pula berhenti daripada memerhatikan gelagat kedua-dua orang wanita di dapur sebentar tadi, lalu merahsiakan apa-apa yang didengar daripada pengetahuan papanya. Julia menyambut kepulangan papa dan mengajaknya bermain tenis pada petang itu. Ketika Julia dan papanya bermain tenis, mereka didatangi oleh Aisyah, bekas pelajar di kolej tempat papa mengajar dan mereka berbual-bual sambil minum di kantin. Julia berasa kurang senang apabila papanya berborak terlalu lama dengan Aisyah, lantas dia mengajak papa untuk pulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan