26 Mei 2010

GURU YANG BAIK BERDIRI KETIKA MENGAJAR

Saya selalu mengatakan, "bahawa guru yang baik akan berdiri ketika mengajar".

Saya sekali lagi mendengar kenyataan itu dalam sesi bersama Tan Sri Profesor Dr Khoo Kay Kim. Hal ini menunjukkan guru perlu komited dalam tempoh atau sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mengajar sepenuhnya. Ada juga guru yang saya perhatikan pada masa sesi pengajaran dan pembelajaran, duduk di meja dan menyiapkan Buku Perancangan Mengajar, atau menyemak latihan. Akibatnya kelas menjadi bising dan memerlukan campurtangan guru disiplin misalnya. Maka, guru perlu dapat membezakan perkara berikut;

1. Masuk ke dalam kelas dan menyuruh pelajar membaca buku teks.

2. Masuk ke dalam kelas kemudian suruh pelajar salin nota.

3. Masuk ke dalam kelas suruh pelajar buat buku kerja dan guru buat rancangan pengajaran, dan banyak lagi contoh yang lazim di perhatikan.


Sepatutnya..

1. Guru masuk ke dalam kelas dan 5 minit mengulang apa yang dia ajar semalam.

2. Menjelaskan apa yang diajar hari ini (20 minit)

3. Menguji apa yang diajar kepada setiap pelajar (10 minit)

4. Menamatkan kelas (memberitahu tajuk berikutnya dan apa tugasan yang perlu pelajar lakukan)

Hal ini perkara paling asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun setiap guru punya strategi mengikut subjek masing-masing.

Tiada ulasan: