26 Mei 2010

SINOPSIS PROSA KLASIK

SINOPSIS : SABOR

  • Jibor dan Sabor merupakan adik-beradik. Siti Saidah merupakan isteri Jibor.
  • Pada suatu hari, Sabor dibawa oleh Jibor ke rumahnya dan diperkenalkan dengan isterinya Siti Saidah.Sabor pun mendapat jamuan yang istimewa dan bergembira sepanjang hari.
  • Setelah beberapa hari tinggal di rumah Jibor, Siti Saidah mula terpikat kepada Sabor. Walaupun sebelum itu Siti Saidah ada melakukan perbuatan sumbang dengan orang lain tetapi kini Sabor yang diingatinya siang dan malam.
  • Setelah 20 hari tinggal di rumah Jibor, Siti Saidah membuat strategi untuk menggoda Sabor. Pada suatu malam, Jibor tidur nyenyak setelah diberi makan majun oleh Siti Saidah.Kesempatan ini diambil oleh Siti Saidah.Dia telah masuk ke bilik Sabor, memadamkan pelita, lalu dipeluk dan diciumnya Sabor.
  • Sabor terkejut dan memarahi Siti Saidah .Namun begitu, Siti Saidah terus menggodanya.Walaupun Sabor hampir tergoda akibat hasutan syaitan tetapi dia teringat akan pesan guru agamanya lalu beristighfar dan membaca ayat suci al-Quran.Dia menjadi bertambah takut akan Allah SWT.
  • Setelah gagal memujuk Sabor ,Siti Saidah berasa sangat marah dan berasa tercabar kerana sebelum ini usahanya untuk memikat lelaki tidak pernah gagal. Lalu, dia mengugut hendak membunuh Sabor lalu kembali tidur di sisi suaminya.
  • Sabor pun mengucap syukur .Kemudian dia teringat lagi pesan Raja Damsyik (guru agamanya) tentang tidak baik melambatkan kerja dan segala kerja kebajikan hendaklah disegerakan. Pesan raja lagi jangan bermalam di rumah orang tua yang beristeri muda kerana kemungkinan akan digoda oleh isterinya .Jika dituruti kehendaknya pasti nanti akan mendapat balasan neraka.
  • Dalam pada berfikir-fikir itu, Sabor terdengar azan Subuh berkumandang. Sabor segera mengerjakan solat Subuh dan berdoa agar ditambah iman dan amalannya.
  • Sementara itu, Siti Saidah telah memfitnah Sabor dengan memberitahu suaminya, Jibor bahawa dirinya hendak dicabul oleh Sabor. Tanpa usul periksa, Jibor pun berasa marah dan memberitahu isterinya bahawa dia hendak membunuh Sabor dengan tipu muslihatnya.
  • Maka, Jibor telah menghadiahi Sabor kopiah buatan Rom yang mahal dan halus buatannya. Setelah memakai kopiah itu , Sabor hendak memberitahu Jibor akan hal Siti Saidah tetapi dia berasa malu.
  • Kemudian Jibor mengarahkan empat orang askar upahan supaya pergi ke masjid dan memenggal leher orang yang memakai kopiah buatan Rom semasa dia sedang bersembahyang Maghrib.
  • Ketika hendak bersembahyang, kepala Sabor berasa pening kerana kopiah Rom itu terasa berat. Lalu,kopiah tersebut dibuka dan diletakkan di atas mihrab.Dia memakai sapu tangan sahaja . Tiba-tiba jauhari (tukang emas) yang berada di dalam masjid itu terlihat kopiah yang cantik itu, lalu dipakai oleh jauhari pula.
  • Apabila empat orang askar upahan itu tiba di masjid, maka mereka terlihat orang yang sedang memakai kopiah Rom itu.Semasa imam membaca surah al-Fatihah, askar upahan itu terus masuk ke dalam masjid dan memenggal leher jauhari, kepalanya putus dan terpelanting ke kaki Jibor.
  • Jemaah yang sedang bersembahyang berasa terkejut lalu lari lintang pukang.Sabor dan imam sahaja yang tidak batal sembahyangnya kerana tidak lari. Jibor juga terkejut dan melompat kehairanan kerana jauhari yang terbunuh dan bukannya Sabor seperti yang dirancang.
  • Selesai bersembahyang, barulah Jibor tahu bahawa Sabor telah difitnah oleh Siti Saidah.
  • Jibor terfikir, pasti jauhari tersebut ada melakukan dosa dengan Siti Saidah, sebab itulah dia mati, sementara Sabor terlepas daripada bala.

Tiada ulasan: