16 Februari 2010

SELAMAT TINGGAL KOTA KEJAM

Selamat tinggal kota kejam
Aku benci pada riuhmu
Aku benci pada suaramu
Aku benci pada sinarmu

Selamat tinggal kota kota kejam
Kau hanya tahu meminta wang
Kau tiada perikemanusiaan
Kau kejam pada si miskin

Selamat tinggal kota kejam
Kau terlalu banyak berdosa
Pada insan bernyawa
Yang menumpang hidup di perutmu
Tetapi suaranya tidak kau dengari

Selamat tinggal kota kejam
Aku amat benci pada wajahmu.

Tika Melewati Kota Yang Lengang, KL

2 ulasan:

mira amair berkata...

cikgu nak pi mana?

Cikgu Ibrahim berkata...

Saudari Mira Amair,

Terasa kaki ingin melangkah ke tempat lain, meninggalkan kota yang terlalu banyak memalit kenangan pahit ini.