25 Mac 2010

DARIPADA PROFESOR KEBANGGAAN SAYA

JEBAT YANG SETIA

Binalah kembali
menara gadingmu
yang hampir roboh
akibat buruk jaga
dengan Jebat hulubalang setia
pada kawan dan bangsa.

Berani mati ia
atas kebenaran.
Tapi taatnya ada batas.

Biarkan Jebat yang berkawal
pada segenap pintu menaramu
yang tujuh belas itu
dengan keris
tersarung pada pinggang.

Usah kau curiga
pada setia si Jebat.
Hatinya takkan membara
jika tidak kau bakar.
Tidak derhaka ia kalau tidak teraniaya.

Daripada : Dato' Profesor Dr. Hashim Yaacob

24 Mac 2010

PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 5



1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah


6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang
Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.

KARANGAN MINGGU INI : ISU BENCANA ALAM

  1. Sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar kejadian bencana alam yang tidak disangka-sangka.
  2. "Pokok tidak akan bergoyang jika tidak ditiup angin". Setiap kejadian bencana dikaitkan dengan faktor semulajadi atau hukum alam.
  3. Walau bagaimanapun, terdapat faktor manusia yang menyebabkan berlakunya bencana alam.
  4. Kegiatan pembalakan tidak terkawal terutamanya di kawasan hutan, lereng bukit atau tepi sungai. Pihak tidak bertanggungjawab hanya mementingkan keuntungan tanpa mempedulikan impak atau implikasi perbuatan tersebut. "Sudah terhantuk baru tengadah"
  5. Menerima tempias negara-negara jiran. Pembakaran terbuka atau faktor geografi menyebabkan negara kita turut terdedah kepada masalah bencana alam.
  6. Cengkaman tanah longgar. Gangguan terhadap struktur permukaan tanah menyebabkan berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh. Pihak yang ingat membangunkan sesebuah kawasan hendaklah bersikap "beringat sebelum kena" tatkala melaksanakan sesuatu projek.
  7. Pembangunan yang tidak sistematik. Kegagalan pihak pemaju atau kerajaan menyediakan sistem saliran yang sempurna menyebabkan bencana seperti banjir kilat sering berlaku.
  8. Sistem saliran diabaikan dalam pembangunan sesuatu tempat. Akibanya apabila hujan turun dengan lebatnya, sistem saliran sedia ada gagal menampung bebanan air di kawasan permukaan.
  9. Kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan kalangan rakyat. Kesedaran sivik berkaitan dengan amalan menjaga kebersihan.
  10. Kebersihan merangkumi aspek pembuangan sampah di kawasan sungai longkang yang menyebabkan saliran tersumbat dan menyebabkan berlakunya banjir.
  11. Terdapat juga pihak yang mengambil jalan mudah melakukan pembakaran terbuka. Akibatnya berlaku kebakaran hutan dan mengundang bencana lain seperti kejadian jerebu.
  12. Kesimpulannya, "di mana ada kemahuan di situ ada jalan". Langkah proaktif perlu dilaksanakan sebelum "nasi sudah menjadi bubur" kerana "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna".

Puisi Bertajuk Jangan

Jangan jadi pembodek
Jangan jadi talam dua muka
Jangan jadi penyebar fitnah
Jangan jadi pengampu
Jangan berlagak pandai
Jangan jadi lalang ditiup ke kiri kanan
Jangan jadi kurang ajar apabila bercakap
Jangan rasa diri semua betul
Jangan lupa asal usul.

20 Mac 2010

FACEBOOK

Dari petang saya sibuk dengan kerja sambilan mengajar tuisyen di Subang. Kemudian sebelum balik ke rumah saya singgah di pejabat untuk menyiapkan sedikit kajian dan pengajian. Tatkala idea menjadi buntu, maka saya luangkan sedikit masa untuk "membuka facebook".
Tapi dengan kesibukan saya ni, tak tahulah saya masuk ke tak facebook, saya pun tak tahu sangat pasal facebook ni.

19 Mac 2010

NOVEL : PAPA...


BAB 1
Ketika minum petang, Mak Cik Noraini melayan Julia sambil memerhatikan kepulangan papa Julia yang membawa kacang panjang yang dipetik dari kebunnya. Papa terus mendapatkan mama yang sedang menunggunya sambil berbual dengan penuh mesra. Sambil berseloroh papa meminta mama untuk memasakkan lauk kegemarannya. Julia hanya memerhatikan gelagat kedua-dua orang tuanya yang sempat bergurau senda. Sesekali Julia yang sudah menjadi anak dara berasa segan melihat telatah mereka yang sangat mesra dan tidak pernah berenggang. Tetapi, Mak Cik Noraini sekadar tersenyum dan dipercayai banyak menyimpan rahsia tentang kedua-dua insan tersebut.

BAB 2
Beberapa minggu kemudiannya, Julia pulang dari sekolah sendirian sambil merungut tanpa mama. Mak Cik Noraini melayan Julia dengan menghidangkannya bubur jagung yang mengembalikan pertemuan papa dan mamanya. Tiba-tiba Julia teringat kembali peristiwa jari mama yang terluka akibat terhiris pisau dan terpaksa dibawa ke klinik. Papa sangat mengambil berat terhadap mama dan masih bergurau senda dengan mama untuk meringankan kesakitan yang ditanggung mama. Lamunannya terhenti apabila ditegur oleh Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini sempat juga mengimbau kembali kisah silam papa dan mama Julia. Sedang Julia dan Mak Cik rancak berborak, mama dan papa balik sambil masing-masing tersenyum antara satu sama lain. Secara tiba-tiba, papa memberitahu berita gembira kepada Julia bahawa dia akan dapat seorang adik. Julia terlalu gembira walaupun Mak Cik Noraini tidak berapa senang dengan berita tersebut kerana risau akan keadaan mama yang pernah mengalami komplikasi ketika melahirkan Julia dahulu. Tetapi, bagi mama dan papa mereka sudah bersedia untuk menerima segala ketentuan Ilahi kelak.

BAB 3
Petang itu, Julia terdengar perbualan Mak Cik Noraini yang mengingatkan mama tentang peristiwa ketika melahirkan Julia 16 tahun yang lalu yang menyebabkan mama kehilangan darah yang banyak dan tidak sedarkan diri. Mama serba salah dan tidak sanggup menolak untuk memenuhi hasrat suaminya yang ingin akan zuriat walaupun menyedari risiko yang bakal dihadapinya. Perbualan mama dan Mak Cik Noraini terhenti sebaik sahaja papa pulang, manakala Julia pula berhenti daripada memerhatikan gelagat kedua-dua orang wanita di dapur sebentar tadi, lalu merahsiakan apa-apa yang didengar daripada pengetahuan papanya. Julia menyambut kepulangan papa dan mengajaknya bermain tenis pada petang itu. Ketika Julia dan papanya bermain tenis, mereka didatangi oleh Aisyah, bekas pelajar di kolej tempat papa mengajar dan mereka berbual-bual sambil minum di kantin. Julia berasa kurang senang apabila papanya berborak terlalu lama dengan Aisyah, lantas dia mengajak papa untuk pulang.

LATIHAN KARANGAN : USAHA MENANGANI MASALAH DISIPLIN

  • Fokus utama menangani masalah disiplin ialah diri remaja itu sendiri.
  • Kesedaran dalam diri remaja tentang tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, keluarga dan negara perlu diwujudkan.
  • Remaja memerlukan kasih sayang dan perhatian yang mencukupi kerana dalam proses memasuki alam remaja dan dewasa mereka amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada keluarga.
  • Ibu bapa perlu menitikberatkan pendidikan agama kepada anak-anak sejak kecil kerana jika remaja mempunyai pegangan dan asas agama yang kukuh, mereka tidak akan mudah terpesong dan terpengaruh dengan sebarang unsur negatif.
  • Sebahagian besar masa remaja dihabiskan di sekolah dan ini bermakna bahawa perana sekolah amat besar dalam mendidik remaja ini dengan nilai-nilai yang baik dan melakukan aktiviti yang berfaedah.
  • Salah satu caranya ialah melalui pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pengetahuan Moral agar nilai-nilai murni dapat diserapkan dalam diri pelajar.
  • Media massa perlu juga memainkan peranan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
  • Selain tumpuan kepada diri pelajar itu sendiri, pihak berkuasa seperti polis harus melipatgandakan usaha untuk menangani masalah melalui penguatkuasaan undang-undang terhadap mereka yang bersalah.
  • Kini pihak kerajaan telah melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan melalui sistem ini, remaja lepasa sekolah diharapkan dapat menjadi warganegara yang berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan negara.

18 Mac 2010

KEHADIRANKU

Dulu kau pernah dilukai
Dan engkau pernah dinodai
Tapi semuanya kau renangi
Beriring airmata segala derita
Sungguh terharu hati ini
Dengan apa yang kau lalui
Ingin ku merangkai jiwamu
Agar luka lama tak berdarah kembali

Hadirnya ku di sisimu
Dengan hati tulus suci
Kubelai sepenuh jiwa
Tiada lagi airmata

Selagi ada hayat ini
Kujunjung kebahagiaanmu
Tapi bila sampai waktu ku pergi
Hanya do'a dan restuku menjagamu selalu

ADA BANYAK KEBODOHAN

Gambar Dari Google

Sejak sekian lama, banyak sekali kelakuan yang saya rasa harus dikategorikan sebagai sangat bodoh. Cuba anda nilaikan.


1. Anda melalui sebuah pintu masuk universiti. Kemudian pintu yang sepatutnya dibuka dua hala untuk memudahkan urusan keluar masuk dibuka hanya sebelah. Apa tujuannya dibuka pintu masuk hanya sebelah? Ini hanya menyusahkan pemandu dari arah bertentangan yang terpaksa menunggu kenderaan dari arah yang satu lagi berlalu. Sedangkan kalau dibuka keduanya, dua-dua arah trafik bergerak lancar. Inilah tahap kebodohan. Saya tak tahu, ini idea orang bodoh mana.

2. Katakanlah tindakan itu untuk keselamatan, jadi kenapa si pengawal itu tidak periksa satu-satu kenderaan. Kena dia duduk dalam pondok macam beruk yang kena hujan? Kenapa tak kawal kereta yang lalu lalang? Sebaliknya menutup satu arah dan duduk dalam pondok?

3. Saya juga perasan yang kadang-kadang sekatan hanya kepada kenderaan tertentu. Tapi kalau kenderaan itu agak mewah, atau yang bawa itu agak eksekutif, apabila berhenti di gate cakap Bahasa Inggeris, terus boleh masuk. Adakah ini kerana si pengawal tak pandai cakap Bahasa Inggeris, maka dia boleh menggunakan universiti misalnya sebagai jalan pintas?

Saya tidak merendahkan pekerjaan pengawal, tanpa pengawal bersoraklah penyamun.

Tapi janganlah pengawal ini macam Pengawal Mat Bangla di kawasan perumahan, semua yang lalu dia bantai tunjuk tabik hormat. Kalau penyamun naik kereta pun tentu dia tabik hormat.

17 Mac 2010

HUJAN




Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

THE POWER OF LOVE




The whispers in the morning
Of lovers sleeping tight
Are rolling like thunder now
As I look in your eyes
I hold on to your body
And feel each move you make
Your voice is warm and tender
A love that I could not forsake

'Cause I am your lady
And you are my man
Whenever you reach for me
I'll do all that I can

Lost is how I'm feeling, lying in your arms
When the world outside's too
Much to take
That all ends when I'm with you
Even though there may be times
It seems I'm far away
Never wonder where I am
'Cause I am always by your side

'Cause I am your lady
And you are my man
Whenever you reach for me
I'll do all that I can

We're heading for something
Somewhere I've never been
Sometimes I am frightened
But I'm ready to learn
Of the power of love

The sound of your heart beating
Made it clear
Suddenly the feeling that I can't go on
Is light years away

'Cause I am your lady
And you are my man
Whenever you reach for me
I'll do all that I can

We're heading for something
Somewhere I've never been
Sometimes I am frightened
But I'm ready to learn
Of the power of love

16 Mac 2010

DUKA DI AMBANG SENJA

Senja itu kulihat langit
Memancarkan cahaya gelap
Kota yang diterangi hitam suram

Senja itu kulihat awan
Menitiskan airmata
Membasahi tanah kering dan kontang

Senja itu kulihat pohon
Mulai memancarkan kedut wajah
Bongkok dan rambutnya berguguran
Ditiup angin-angin waktu

Senja itu aku termenung
Ditemani senja yang duka
Ibrahim
UM, Lembah Pantai.

15 Mac 2010

DON’T KNOW MUCH

Look at this face
I know the years are showin'
Look at this life
I still don't know where it's goin'

I don't know much
But I know I love you
And that may be
All I need to know

Look at these eyes
They never seen what mattered
Look at these dreams
So beaten and so battered, hoo¡ooh¡

I don't know much
But I know I love you
And that may be
All I need to know

So many questions
Still left unanswered
So much
I've never broken through

And when I feel you near me
Sometimes I see so clearly
The only truth I've ever known
Is me and you

Look at this man
So blessed with inspiration
Look at this soul
Still searching for salvation

I don't know much
But I know I love you
And that may be
All I need to know

I don't know much
But I know I love you
That may be
All I need to know

I don't know much
But I know I love you
That may be
All there is to know.

KETIKA INI DAN SEMUSIM LALU

Ketika ini tidak mungkin melupakan semusim lalu

Ketika ini aku makan, semusim lalu aku berlapar
Ketika ini aku senyum, semusim lalu aku duka
Ketika ini menaiki kereta, semusim lalu beralan kaki
Ketika ini aku berkasut, semusim lalu berkaki ayam

Ketika ini dan semusim lalu adalah kenangan
Dari airmata yang memilikan dan mengharukan

" suatu malam semusim lalu, hujan membasahi bumi, tidurku di lantai papan beralaskan tikar mengkuang lusuh dikejutkan dengan titisan air hujan, dari bumbung, membasahi tubuhku yang tidak berselimut"

Ketika ini, semakin banyak kenangan semusim lalu lewati hari-hariku.

MALAM YANG PEDIH

Malam adalah kesakitan
Kepedihan dari mimpi ngeri
Dari lelah dan keresahan
Dari duka dan air mata...

Malam yang gelap
Adalah sinar yang cerah
Dalam airmata
Tika menitis bersama embun dinihari...

Malam amat pedih
Bagi mereka yang hanya tidur di gelandangan
Tidak berumah, berbantalkan lengan
Atau beralaskan pelepah kelapa...

10 Mac 2010

Menarik Untuk Direnungi

OLEH sebab saya, seperti juga rakyat jelata Malaysia yang lain, tidak "privy" kepada Model Ekonomi (Model Baru Ekonomi?) – New Economic Model – yang khabarnya akan diumumkan penghujung bulan ini, maka saya hanya boleh bertanya dan membuat andaian.

Bagi saya, buatlah apa pun dan gunakanlah apa jua label, tetapi semuanya tidak berguna dan tidak sah jika Perlembagaan dan Rukun Negara tidak dihormati.

Ia tidak berguna dan tidak sah jika kepentingan majoriti, sama ada daripada aspek bangsa, agama, status ekonomi atau wilayah diabaikan.

Perlembagaan menjamin hak semua rakyat jelata dan memberi beberapa keistimewaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sarawak dan Sabah sebagai bangsa tuan rumah.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan amat jelas dan terperinci mengenai hal ini dan memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong melaksanakannya.

Kalau pemerintah boleh melesenkan orang bukan Islam membuka kedai judi, kedai arak dan pusat-pusat istirahat yang kemudiannya menjadi sarang pelacuran, kenapa pemerintah tidak boleh terus mengeluarkan lesen dan memberi biasiswa, latihan dan pekerjaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak?

Benarlah tempoh laku DEB sudah berlalu dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional dan selepas itu oleh Dasar Pembangunan Wawasan, tetapi hak istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak kekal.

Kemiskinan kembali mengancam dan jurang pendapatan semakin meluas. Matlamat menyusun semula masyarakat masih belum terlaksana.

Jadi, bolehkah sesiapapun, khasnya para pembesar Melayu dan Bumiputera dalam pemerintahan, mengatakan persetan (go to hell) dengan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak yang miskin kerana sekarang masa melaksanakan dasar ekonomi bebas?

Bolehkah sesiapapun, khasnya para pembesar Melayu dan Bumiputera dalam pemerintahan, mengatakan persetan (go to hell) dengan orang miskin dan orang berpendapatan rendah kerana pemerintah wajib menghapuskan subsidi, membuka pasaran dan melaksanakan tender terbuka selaras dengan tuntutan negara maju?

Perkara 153 Perlembagaan

Apakah peruntukan 153 Perlembagaan seperti berikut tidak bermakna lagi?

"Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu."

Apakah keghairahan pemerintah memperkenalkan MEB yang dikatakan akan membebaskan ekonomi daripada subsidi dan membuka seluas-luasnya kepada persaingan global menghalalkan segala-galanya.

Bukankah Perkara yang sama mengatakan: "Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain."?

Apakah subsidi terlalu buruk dan terlalu membebankan pembayar cukai sehingga pemerintah perlu mengorbankan kepentingan rakyat jelata miskin tanpa mengira bangsa, tempat dan wilayah?

Apakah kontrak pembelian (procurement) pemerintah terlalu besar sehingga negara luar seperti Amerika Syarikat wajib turut diberikan habuan?

Atau apakah Perjanjian Perdagangan Bebas begitu penting dan kritikal sehingga hak dan keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan terpaksa diabaikan?

Umno dan Risiko Politik

Nampaknya begitulah. Apa tidaknya, apabila Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah, pada 5 Mac dengan angkuh mengatakan risiko politik tidak akan menghalang pemerintah daripada melaksanakan MEB.

Dengan sombong juga dia berkata persaingan mungkin tidak disukai oleh sesetengah penyokong Barisan Nasional "yang menyokong agar dasar ekonomi yang berasaskan bangsa dan naungan politik diteruskan."

Soalnya, apakah Umno yang ditubuhkan sebagai parti nasionalis Melayu yakin hak dan keistimewaan orang Melayu perlu dikorbankan atas nama MEB, penghapusan subsidi dan persaingan global?

Atau Umno bukan lagi United Malay National Organisation yang memperjuangkan hak orang Melayu, tetapi sudah menjadi United Malaysian Nasional Organisation?

Apakah mekanisme perundingan massa seperti Kongres Ekonomi Bumiputera dan Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) tidak berguna lagi kerana kini wujud Majlis Penasihat Ekonomi?

Buat sementara waktu ini, nampaknya kita rakyat jelata hanya boleh bertanya, berharap dan berbahas sesama sendiri dalam sidang, seminar dan perhimpunan massa anjuran badan-badan bukan kerajaan Melayu.

Kalau seperti kata Ahmad Husni Hanadzlah, risiko politik tidak akan menghalang pemerintah daripada melaksanakan MEB, maka apa yang tinggal kepada kita adalah menanti saat ia datang melawati kita dan kita bertindak balas ke atasnya.


 

Daripada Blog : Datuk A. Kadir Jasin

08 Mac 2010

Ulama : Di Muliakan Atau Disucikan

Ada bezanya antara menghormatikan dan mensucikan. Dalam bahasa Arab disebut tauqir (memuliakan), sementara mensucikan disebut taqdis. Memuliakan atau tauqir bererti kita memberikan penghormatan kepada seseorang atau sesuatu pihak. Ia berkaitan dengan nilai ketinggian yang ada pada pihak atau individu tersebut. Jika dia pemimpin, atas nilai kepimpinan yang ada padanya. Jika dia ulama, atau ilmuwan maka atas nilai ilmu yang ada padanya. Jika dia orang tua, atas nilai usia dan pengalaman hidup yang dilalui. Demikianlah seterusnya.

 
 

Adapun taqdis atau mensuci bererti menganggap seseorang atau sesuatu itu terpelihara dari sebarang dosa, atau kesalahan. Menganggap ia suci (sacred) bererti apa sahaja yang datang daripadanya adalah benar dan mulia, tidak boleh dipertikaikan lagi.

 
 

Islam menyuruh kita menghormati ulama atau disebut tauqir al-'ulama tetapi tidak membenarkan kita mensucikan mereka atau taqdis al-'ulama. Kita menghormati mereka kerana keilmuan mereka. Apabila mereka berbicara dan bertindak dalam kerangka ilmu, maka dihormati dan disayangi. Kita berinteraksi dengan mereka dengan cara yang hormat dan sopan.

Namun, dalam masa yang sama kita tidak dibenarkan menganggap mereka suci dari kesilapan dan kesalahan. Mereka bukanlah para rasul yang setiap tindakan mereka yang berkaitan dengan agama dianggap hujah. Adapun para ulama mereka terdedah kepada salah dan silap, sama seperti manusia lain. Apabila ternyata mereka salah, atau silap kita tidak boleh mengikut kesalahan kesilapan itu. Dalam ertikata lain, kita menghormati, bukan mensucikan mereka.


 

Perkara yang begitu asas sebegini kadang kala gagal difahami oleh sesetengah umat Islam. Apabila mereka menghormati seseorang tokoh agama, mereka seakan menganggap pendapatnya suci, atau bagaikan wahyu yang mesti diikut tanpa perlu mengetahui alasan dan hujahnya. Mengikut secara 'membabi buta'. Mereka letakkan tokoh-tokoh agama itu bagaikan nabi dan rasul.

Akhirnya, mereka mandulkan akal dan kewarasan mereka dengan mengikuti segala yang dititah atau pendapat yang dinyatakan oleh tokoh itu sekalipun ilmu dan akal yang Allah anugerahkan menyanggahinya. Ia amat berbahaya. Jika tokoh agama itu meminta wang daripada mereka, sekalipun tidak jelas alasannya mereka berikan. Jika tokoh agama itu memberikan pendapat dalam sesuatu perkara sekalipun ternyata salah dari segi angka dan fakta, mereka tetap telan dan terus menyanjung pendapat itu. Jika tokoh agama itu agung-agungkan dirinya dan menganggap dia luar biasa, sehingga ternyata kepada mereka yang bebas dari unsur ketaksuban bahawa itu adalah 'takabur yang nyata', namun pengikutnya tetap mencium tangan dan berkata 'benar!'.

Maka bukan sedikit dalam sepanjang sejarah, atas nama agama atau tokoh agama eksploitasi terhadap akal, maruah, harta, kuasa dan berbagai lagi yang berlaku. Sebab itu Islam menentang sebarang unsur pemujaan kepada manusia sehingga mengenepikan ajaran Allah S.W.T dan RasulNya s.a.w.

Siapakah dalam kalangan ulama yang merasakan dirinya lebih baik daripada Saidina Abu Bakr al-Siddiq? Jika Abu Bakr berucap pada hari perlantikannya: "Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku" (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361), apakah layak untuk seseorang selain Abu Bakr berkata: "Aku mufti aku mesti betul", atau "Aku tok guru aku tak akan salah", atau "Aku ustaz, kau siapa?!".

Perkara ini perlu sentiasa ditegaskan, agar kita mengetahui dan selalu sedar bahawa gelaran 'ulama', 'tok guru', 'ustaz', 'kiyai', dan berbagai lagi, hanyalah pemberian dan panggilan yang diberikan oleh manusia. Ia hanyalah anggapan baik atas faktor-faktor luaran yang dilihat pada seseorang dan persepsi yang ada dalam gambaran pihak yang memanggil atau memberikan gelaran tersebut.


 

Samalah juga dengan Professor, Dr dan seumpamanya, walaupun ia menerusi proses yang tertentu, namun itu bukan pertabalan yang ditetapkan Allah seperti pertabalan nabi dan rasul. Ertinya, gelaran-gelaran itu bukanlah jaminan untuk mereka tidak salah, atau melakukan dosa kecil mahupun besar. Ia bukan jaminan kemaksuman. Ia hanya sangkaan baik sesama manusia.

Sebab itu, ada golongan yang dinamakan 'ulama jahat'. Maka, hormati golongan agama dengan kadar-kadarnya, namun jika ada pandangan atau tindakan mereka melampaui batasan kebenaran dan ilmu, kita akan menyanggahi atau berbeza dengannya tanpa perlu mengukur kadar 'gelaran' atau berat serban, atau labuh jubah yang dipakai.

Masyarakat Islam Malaysia hari ini antara masyarakat yang agak berharta. Maka, ramailah yang datang dari dalam negara dalam luar menonjolkan berbagaikan kelebihan agama yang sebahagian mereka mempunyai agenda 'wang besar' ke atas kita. Cerita-cerita keajaiban kiyai itu dan ini mula kedengaran. Kehebatan jampi dan air liur tok guru itu dan ini mula dipromosikan. Ramai yang menjadi kaya kerananya. Jika ini tidak dibendung, ia akan menjerumuskan masyarakat kita kepada minda khurafat, bukan minda kewarasan dan ilmu.

Mereka ini kadang-kala cuba berperwatakan melebihi watak Nabi s.a.w dan para sahabat baginda. Sehingga seseorang memaklumkan kepada saya bahawa di tempatnya, ada penceramah (barangkali ada tauliah) berceramah tentang kelebihan guru tarekatnya yang boleh berhubung langsung dengan nabi dan para wali. Ceritanya itu mengingatkan saya kepada apa yang pernah disebut oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) menjawab golongan sufi yang seperti itu di zamannya, kata beliau:

"Dalam kalangan mereka (golongan sufi) ada yang melihat empunya kubur datang kepadanya, sedangkan telah lama mati. Lalu dia (jelmaan itu) berkata: "Akulah si fulan". Mungkin juga dia berkata : "Kami ketika diletakkan di dalam kubur kami boleh keluar…".

Ulas Ibn Taimiyyah lagi : « Syaitan dalam banyak keadaan menyerupai rupa insan, samada dalam tidur atau jaga. Kadang-kala dia datang kepada sesiapa yang tidak tahu dan berkata : "Akulah syeikh si fulan, atau alim si fulan". Kadang kala syaitan berkata : "Akulah Abu Bakr, Umar…" Kadang-kala pula dia datang ketika jaga (yaqazah) bukan mimpi lalu berkata : "Aku al-Masih (Isa)" , atau "aku Musa" atau "aku Muhammad" ».

Kata Ibn Taimiyyah lagi : « Aku tahu perkara yang seperti ini berlaku dalam berbagai-bagai cara. Maka di sana ada yang mempercayai bahawa para nabi datang dalam jaga (yaqazah) dalam rupa mereka yang asal. Di sana juga ada para syeikh yang zuhud, berilmu, warak dan beragama mempercayai perkara seperti ini. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa dia apabila datang ke kubur seseorang nabi, maka nabi tersebut akan keluar daripada kuburnya –dalam rupanya yang asal- dan bercakap dengannya. Di kalangan mereka ada yang melihat rupa seseorang syeikh di bahagian dalam Ka'bah, dia berkata: "Aku Ibrahim al-Khalil (Nabi Ibrahim)". Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa Nabi S.A.W keluar daripada hujrah (bilik persemadian atau kubur) baginda lalu bercakap dengannya. Golongan sufi menganggap ini sebagai karamahnya. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa dia jika bertanya orang di dalam kubur nescaya mereka akan menjawabnya".

Sehingga Ibn Taimiyyah menceritakan ada di kalangan mereka yang apabila ada masalah akan datang dan bertanya kepada Nabi S.A.W, lalu Ibn Taimiyyah menyebut: "Sehingga kata Ibn `Abd al-Barr (ilmuwan agung Andalus, minggal 463H) kepada mereka yang mempercayai sebegini: "Celaka engkau, apakah engkau berpendapat orang ini lebih afdhal daripada al-Sabiqin al-Awwalin (para sahabat Nabi s.a.w yang awal menganut Islam) dari kalangan Muhajirin dan Ansar?. Apakah ada di kalangan Muhajirin dan Ansar sesiapa yang bertanya Nabi S.A.W (selepas baginda wafat) dan baginda menjawabnya?!! Sahabah telah bercanggah pendapat (selepas kewafatan Nabi s.a.w) dalam banyak perkara, adakah mereka bertanya Nabi S.A.W. dan baginda menjawabnya?!!. Ini Fatimah anak baginda yang berselisih pendapat dalam pusaka baginda, adakah beliau bertanya Nabi S.A.W dan baginda menjawabnya". (Ibn Taimiyyah, Majmu' al-Fatawa, 5/399, Riyadh: Maktab al-`Abikan).

Namun, malang sekali sepanjang sejarah, masih ada yang termakan dengan perkara-perkara yang seperti ini disebabkan mereka gagal membezakan antara menghormati tokoh agama dan mensucikannya. Cenderungan sesetengah penceramah agama melarang fikiran kritis dan akal yang aktif umat Islam, amat bercanggah dengan ajaran Islam.

Mereka itu sering berkata: "terima sahaja apa yang ulama atau tok guru cakap, jangan banyak fikir, Islam bukan ikut akal". Islam mana yang tidak berteraskan akal yang matang dan benar?! Tok guru mana pula yang maksum semua cakapnya?! Ini akibat pembolotan kuasa pengaruh atas nama agama dan kegagalan umat membezakan antara menghormati dan mensucikan.


 

Daripada : Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

ARAH BUDAYA SENIMAN KITA, by TT

Kita sering terbaca berita yang mengatakan warga dalam negara kita ini kurang membaca. Dari kajian dan pukul rata seorang warga Malaysia dikatakan hanya membaca dua muka surat sahaja untuk satu tahun. Berbanding dengan 40 ke 50 buah buku untuk seorang warga Sweden atau Finland.

Hasilnya buku buku yang dicetak tidak terjual. Penulis kita agak susah untuk mencari makan. Budaya buku dan budaya ilmu tidak berkembang. Warga dalam negara kita ini tidak ambil pot tentang buku dan tulisan. Jauh sekali mereka hendak merapati buka sastera, buku falsafah atau buku budaya, pamiran lukisan, pementasan sandiwara atau teater.

Megapa ini berlaku? Apakah warga Malaysia ini – terutama manusia Melayu - amat culas dalam hal baca membaca dan berbudaya? Apakah manusia Melayu ini tidak ada keingian untuk tahu apa yang sedang berlaku di alam sekelilingnya. Atau apakah manusia Melayu ini telah menjadi bagitu mandul sehinggakan dia tidak dapat lagi melihat apa yang sedang berlaku terhadap keluarga, anak dan dirinya sendiri.

Memang betul pada ketika ini proses pembodohan orang-orang Melayu sedang berjalan dengan ligat. Proses ini tidak akan berjaya jika para seniman , para penulis dan para sasaterawan Melayu bangun dan menentang dan melawan proses pembodohan ini.

Disini peranan penulis/seniman/sasterawan cukup penting dalam memperkasa kembali fikrah yang selama ini telah diperbodohkan melalui budaya yang disebar luas oleh United Malays National Organisation.

Selama lebih dari 50 tahun hegemoni budaya United Malays National Organistaion telah melakar dan mengkonstruk cara warga Malaysia terutama manusia Melayu berfikir dan bergerak. Dengan bantuan lembaga - seperti lembaga feudal, lembaga keagamaan, lembaga tradisional Melayu – United Malays National Organisation telah berjaya memagar dan mengikat cara manusia Melayu befikir dan bergerak.

Apabila kita terbaca berita yang mengatakan kita semua ini kurang membaca maka kita menerima hakikat ini tanpa kita berfikir panjang atau menimbulkan pelbagai persoalan. Sikap ini adalah sikap yang salah. Inilah sikap hasil dari hegemoni budaya United Malays National Organisation. Budaya ini memalaskan kita untuk berfikit. Seharusnya - kita menimbulkan persoalan demi persoalan ke atas kenyataan tadi.

Kenapa agaknya manusia Melayu tidak suka membaca ?

Jika manusia Melayu tidak mahu atau tidak suka membaca buku maka mari kita selidiki apa sebenarnya isi buku itu. Jika manusia Melayu tidak ingin membaca sebuah nobel maka mari kita selidiki apa yang cuba dipaparkan oleh si penulis dalam didalam nobel itu. Jika manusia Melayu gagal untuk menghayati sebuah puisi – maka mari kita lihat dan selidiki apa isinya pusi itu. Jika mansia Melayu tidak menghayati sebuah lukisan maka mari kita selami apa dia yang telah dilukis.

Selama lebih dari 20 tahun ini – buku-buku dari tulisan sasterawan kita, buku-buku yang cuba membawa hal ehwal semasa , buku buku yang dikatakan cuba membuka mata dan hati warga Malaysia – kebanyakan bergenre bodek. Puisi, teater dan sandiwara yang dipentaskan ke hadapan penonton banyak juga yang membawa unsur-unsur budaya bodek. Budaya bodek ini telah menjadi salah satu ciri yang amat penting dalam proses pembodohan manusia Melayu.

Cara untuk memahami budaya bodek ini berkembang dan bergerak cukup senang. Contohnya, ketika di zaman Islam Hadari dahulu banyak buku yang ditulis tentang Islam Hadari. Banyak seminar-seminar akdemik dianjurkan tentang Islam Hadari. Ada tetaer dipentaskan tentang Islam Hadari. Ada kajian-kajian di jalankan tentang Islam Hadari. Ada lagu, ada puisi, ada musik, ada pamiran lukisan tentang Islam Hadari.

Seorang penulis puisi yang bercita cita ingin melihat puisinya diterbitkan dalam akhbar tidak dapat tidak akan melakar Islam Hadari sebagai tema puisinya. Seorang pensyarah yang ingin membuat kajian ilmiah pasti akan membuat kajian tentang Islam Hadari. Ini untuk memastiikan kajian ini akan diluluskan oleh universiti dan akan mendapat dana. Di sekolah pula akan ada pertandingan menulis karangan dan essei tentang Islam Hadari. Akan diadakan pertanding berbahas atau berbalas pantun tentang Islam Hadari.

Sebuah pereka desin papan tanda juga akan meletakan logo Islam Hadari - agar logo ini akan mendapat kelulusan pihak yang berkuasa sebelum di sebarkan ditepi tepi jalan. Iklan-iklan di akhbar, radio atau tv juga akan menayangkan Islam Hadari. Drama tv juga mula berkisar dengan Islam Hadari.

Apabila pencadang Islam Hadari ini tidak ada kuasa lagi maka semua beralih kepada satu Malaysia. Proses yang sama akan berulang lagi. Proses membodek tetap berlaku. Justeru inilah caranya hegemoni budaya bodek bergerak dan menyerapi jauh ke dalam masyarakat kita.

Sebenarnya orang ramai tahu – semua yang terpampang ini adalah bodek. Malah si penulis , si penyaer, si pengkaji, si pembuat teater, si pembuat lagu, si pereka – semua tahu – apa yang mereka buat adalah membodek orang yang berkuasa pada ketika itu. Justeru kerja bodek mereka tidak membawa apa-apa yang menakjubkan.

Kerja kerja bodek – tidak menarik. Kerja kerja seni bodek tidak akan membuka pandangan orang ramai. Tulisan-tulisan bodek tidakkan mengancam untuk mengelodakkan fikrah yang beku. Kerja kerja seni membodek tidak akan mengusik jiwa. Nobel-nobel, cerpen-cerpen, puisi-puisi yang muncul hasil dari peraduan membodek tidak akan ada sesiapa yang akan membeli atau membacanya. Malah jika buku buku bodek ini ini di beri percuma besar kemungkinan buku ini akan menjadi penyelak pintu atau pengalas cerek panas. Inilah hakikatnya hasil kerja seni bodek.

Justeru kita tidak boleh menyalahkan manusia Melayu sebagai manusia yang malas membaca. Mereka malas membaca buku buku yang tidak ada kaitan dengan kehidupan mereka. Mereka culas membaca kerana mereka merasakan buku-buku ini tidak memberikan apa apa manafaat kepada kehidupan mereka.

Bayangkan jika buku-buku atau kerja kerja seni ini ada berkaitan – ada hubungan dengan kehidupan mereka - pasti manusia Melayu ini akan berhenti, melihat dan cuba mendengar apa yang cuba disampaikan oleh buku buku ini. Jika sebuah puisi ini indah dan ada hubungan dengan perjuangan kehidupan manusia Melayu – pasti puisi ini akan dihayati.

Apa yang diinginkan oleh warga Malaysia khasnya manusia Melayu hari ini adalah buku-buku dan kerja-kerja seni yang temanya memaparkan perlawanan. Buku-buku yang mengajukan tema perlawan terhadap penindasan. Perlawaan ini adalah perlawanan manusia Melayu yang tertindas dalam kehidupan harian mereka. Kehidupan harian yang mereka lalui dan alami. Justeru dengan sendirinya mereka akan dapat memahami dan menghayatinya kerja seni ini. Bukan buku buku yang berkhayal tentang kehidupan orang-orang kaya yang tidak ada talian dengan manjoriti manusia Melayu.

Puisi-puisi yang mengajukan tema penentangan terhadap kezaliman. Atau lagu lagu yang menggerakkan nadi dan jiwa mereka untuk bangun melawan. Atau shaer dan sajak yang melakar kehidupan mereka yang saban hari bertempuran dengan kezaliman dan penindasan. Jika tema ini yang digarap oleh para seniman pasti kerja seni mereka merebak luas.

Contoh terbaik – hari ini - tema besar yang sedang terpampang dalam dunia Melayu hari ini ialah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Inilah tema besar yang tidak mungkin dapat disorok-sorok. Tema ini sedang menunggu penulis, penyaer, pemusik, pelukis – untuk digarap seseni mungkin.

Jika para penulis/ seniman/saterawan/pelukis/ pengiat teater gagal untuk melihat tema yang besar ini maka jangan marah kepada manusia Melayu. Jangan marah apabila buku tidak ada orang beli. Jangan marah apabila lagu tidak ada sesiapa mendengar. Jangan kecewa apabila pamiran lukisan hanya dilihat sebagai pamiran syiok sendiri. Jangan marah jika tak ada sesiapa ambil pot terhadap buku puisi bodek yang tidak ada siapa ingin membeli.

Hakikatnya manusia Melayu hari ini mahu mendengar bunyi dan suara laungan perjuangan. Manusia Melayu mahu mendengar pekikkan perlawanan. Manusia Melayu telah jelak dengan pusi bodek dan cinta. Manusia Melayu telah jelak dengan irama ampu dan cium tangan. Seniman yang melakar dan menggarap tema perjuangan adalah seniman yang akan dinobatkan oleh manusia Melayu.

05 Mac 2010

TANDA-TANDA SAAT KEMATIAN


100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).


Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******


Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.

KITA AKAN PERGI MENINGGALKAN DUNIA

EMOSI PAGI INI, (YANG KURASA)

Pergi Tak Kembali


Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

02 Mac 2010

SELAMAT TINGGAL


Selamat tinggal..
Aku ingin meninggalkan blog
Untuk tempoh yang tidak ku ketahui
Kerana matiku menoktahkan coretanku

Selamat tinggal..
Aku ingin meninggalkan
Segalanya yang ingin ku tinggalkan

Selamat tinggal..
Jangan kau tangisi pergiku