27 April 2010
ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG : PANTUN EMPAT KERAT (TEKA-TEKI)
ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG :PANTUN EMPAT KERAT (BERJIMAT CERMAT)
ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG : PANTUN EMPAT KERAT (AGAMA)
Rangkap 1 : Walaupun seseorang itu mempunyai ilmu yang luas, namun tidak memberi makna jika dia tidak sembahnyang.
Rangkap 2 : Rasa menyesal kerana mengabai ibadah sembahyang ketika masih hidup.
Rangkap 3 : Seseorang yang memiliki ilmu tetapi tidak mengamalkannya akan sia-sia sahaja.
Rangkap 4: Tiada siapa yang dapat menandingi kemuliaan Tuhan.
Rangkap 5 : Sentiasa menyiapkan diri dengan amalan yang baik agar terhindar daripada seksa neraka.
Rangkap 6 : Untuk masuk ke syurga, amalan mulia mestilah dilakukan di samping memohon keampunan atas kesalahan yang dilakukan.
26 April 2010
ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG : PANTUN DUA KERAT
Rangkap 1 : Hasrat untuk memperoleh sesuatu lagi jika berpeluang.
Rangkap 2 : Sikap banyak bercakap menyebabkan seseorang itu berdusta.
Rangkap 3 : Memohon agar surat atau teks yang dikirim kepada seseorang dijawab setelah membacanya.
Rangkap 4 : Orang yang malas berusaha tidak akan memperoleh apa-apa.
Rangkap 5 : Orang yang bijak lebih mudah memahami pelajaran.
Rangkap 6 : Seseorang mesti bertanggungjawab atas segala perbuatannya.
Rangkap 7 : Orang yang terakhir dalam melakukan bertanggungjawab mengemaskan atau membersihkan kawasan mereka.
Rangkap 8 : Jika mahu akan sesuatu, kita mestilah berusaha untuk mendapatkannya.
Rangkap 9 : Sikap suka menipu dan mencuri akan mencemarkan nama seseorang.
Rangkap 10 : Setelah menerima padah atau kesusahan, barulah seseorang itu sedar.