Memaparkan catatan dengan label BM TINGKATAN 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BM TINGKATAN 2. Papar semua catatan

07 Januari 2010

TUISYEN UNTUK MINGGU INI

BIMBINGAN TATABAHASA

KATA TUGAS

Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain.

Kata Tugas

Contoh

Ayat ( 2 contoh sahaja)


Kata hubung





Kata seru


Kata tanya


Kata perintah


Kata pangkal ayat


Kata bantu


Kata penguat


Kata penegas



Kata nafi


Kata pemeri


Kata sendi nama



Kata arah


Kata pembenar


Kata bilangan

BAHAGIAN A (i)

[Masa dicadangkan : 40 minit]

[20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang fungsi-fungsi sukan. Panjang karangan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Memang tidak dapat disangkal bahawa sukan memainkan peranan penting dalam membentuk kesihatan tubuh yang paling berkesan. Namun demikian, fungsinya kini sudah jauh ke hadapan. Sukan kini telah menjadi satu aset bagi sesebuah negara dalam mempelopori kemasyhuran. Hal ini terbukti apabila banyak negara yang masyhur kerana kejayaan dalam sukan. Ternyata sukan dapat membantu untuk mengharumkan nama negara di persada dunia. Malaysia juga kini telah lebih dikenali kerana pencapaian yang cemerlang dalam sukan badminton, skuasy, hobi, dan sebagainya.

Dari segi ekonomi, sukan juga menguntungkan industri pengiklanan. Syarikat-syarikat berlumba-lumba untuk membuat liputan secara langsung sesuatu acara sukan dan tidak ketinggalan juga syarikat pengiklanan yang tidak putus-putus mahu menjadi penaja utama. Semuanya ini bertujuan untuk kebaikan semua pihak baik media dan syarikat pengiklanan yang mahu membuat promosi barangan atau perkhidmatan mereka.

Bagi negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum seperti Malaysia, sukan dapat digunakan sebagai alat integrasi atau menyatupadukan masyarakat. Ketinggalan sukan yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik menyediakan peluang untuk mereka sentiasa bekerjasama, salingf memahami dan menyemai konsep memerlukan antara satu sama lain. Dengan itu, dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat sesama mereka sekali gus mengeratkan perpaduan dan mengikis aspek negatif ke arah keharmonian negara.

Jalinan politik antara negara juga dapat dikukuhkan dengan pelbagai temasya sukan yang dianjurkan seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Sea dan tidak kurang juga temasya sukan di peringkat kebangsaan seperti Sukma yang telah pun berakhir beberapa hari yang lalu. Begitu juga dengan perlawanan bola sepak antara pasukan MyTeam menentang pasukan Kebangsaan. Jalinan dua hala dapat dibentuk dengan semangat sukan jitu. Soal menang atau kalah bukanlah perkara yang menjadi tumpuan.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada "Perubahan

Fungsi Sukan" oleh Shahril Anuar Abdul Ghalim

Dalam Utusan Malaysia, 7 Jun 2006)

08 Mei 2009

PAHLAWAN PASIR SALAK

PELERAIAN NOVEL PAHLAWAN PASIR SALAK

Novel yang saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd Ismail Sarbini. Peleraian ialah bahagian akhir dalam plot. Bahagian ini juga dinamakan bahagian antiklimaks. Dalam bahagian ini, segala konflik telah selesai dan cerita menuju pengakhirannya. Peleraian cerita ini menggambarkan kejayaan penduduk Pasir Salak yang juga digelar Pahlawan Pasir Salak kerana berjaya mengusir panjajah Inggeris yang mahu mengutip cukai di Pasir Salak. Dalam cerita ini, Datuk Maharaja Lela selaku Ketua Kampung sentiasa mengingatkan anak buahnya bahawa mereka mestilah sentiasa bersatu padu dan berjaga-jaga. Hal ini demikian kerana penjajah Inggeris yang berjaya dihalau dari Pasir Salak mungkin akan datang untuk mengganggu mereka lagi. Oleh sebab itu, Datuk Maharaja Lela berharap mereka sentiasa berhati-hati dan bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan yang berlaku. Walaupun Inggeris telah berjaya dihalau, anak-anak muda tetap berada dalam keadaan bersedia menghadapi apa-apa kemungkinan yang bakal berlaku.

PERSOALAN KASIH SAYANG DAN PENGAJARANNYA

Semasa tingkatan 2, saya telah mengkaji novel Pahlawan Pasir Salak. Dalam novel ini, saya mendapat pengajaran yang bermakna, yakni kita mestilah sayang akan keluarga dan tanah air untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat. Berikut ialah persoalan yang berkaitan dengan kasih sayang tersebut.Kedatangan Inggeris membawa seribu keperitan hidup kepada penduduk Pasir Salak. Hal ini demikian kerana penduduk Pasir Salak dipaksa membayar cukai yang tinggi kepada Inggeris. Oleh hal yang demikian, penduduk yang berani berjuang menentang penjajah ini mempunyai semangat sayang akan negara kerana mereka enggan membenarkan Inggeris bermaharajalela di Tanah Melayu. Deli merupakan anak yang taat dan sayang akan ahli keluarganya. Dia sedar bahawa sebagai anak, dia harus membantu keluarga dan meringankan beban ayahnya. Dengan membantu ayahnya, Pak Itam di warung yang berdekatan dengan pangkalan, Deli berjaya membuktikan kepada kita bahawa dia anak yang sayang akan keluarga.Kasih sayang kepada anak yang telah meninggal dunia juga merupakan persoalan penting dalam novel ini. Pak Wan yang kematian anaknya, Nuar yang dipatuk ular sentiasa merindui anaknya. Hal ini membuktikan bahawa kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan tanah air.

PUNCAK ATAU KLIMAKS NOVEL PAHLAWAN PASIR SALAK

Novel yang saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd Ismail Sarbini. Puncak atau klimaks ialah salah satu bahagian dalam plot karya sastera. Puncak atau klimaks ialah bahagian yang paling penting dalam sesebuah karya. Berikut ialah peristiwa yan berlaku dalam bahagian klimaks novel ini.Pada bahagian klimaks, kedatangan rombongan Inggeris ke Pasir Salak jelas menaikkan kemarahan penduduk. Hal ini demikian kerana Inggeris datang bersama tali barut seperti Lamsah dan Mat Arshad. Mereka datang menampal surat kenyataan mengutip cukai tetapi dikoyakkan oleh penduduk kampung.Selepas kejadian itu, Datuk Maharaja Lela pun berjumpa dengan Seputum dan penduduk-penduduk kampung berkumpul di halaman rumah Datuk Maharaja Lela. Mereka diberi suntikan semangat cinta akan tanah air kerana bakal berjuang menentang Inggeris sehingga titisan darah terakhir.Penduduk Pasir Salak membuat serangan dari depan dan hujung kampung. Hal ini menyebabakan Inggeris tidak dapat membuat persediaan rapi. Residen JWW Birch pula mati dibunuh oleh Seputum manakala Pak Endut berjaya menikam Mat Arshad yang menjadi pengkhianat negara.Oleh sebab tahap ketegangan di Pasir Salak semakin memuncak, Kapten Innes dengan pasukan askarnya tiba untuk menahan serangan penduduk Pasir Salak. Walau bagaimanapun, penduduk Pasir Salak berjaya menentang kemaraan Inggeris sehingga memaksa Inggeris berundur dari Pasir Salak. Demikianlah bahagian klimaks novel ini.