Memaparkan catatan dengan label TAJUK PENTING KARANGAN 2009. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAJUK PENTING KARANGAN 2009. Papar semua catatan

28 Julai 2009

KARANGAN : KEBAIKAN PERTANIAN MODEN

ISI PENTING
1. Melalui pertanian moden negara akan dapat dapat meningkatkan mutu hasil pertanian yang diusahakan.

2. Kadar hasil keluaran juga jauh lebih tinggi dan lebih produktif berbanding dengan pertanian tradisional.

3. Apabila hasil pertanian meningkat, pendapatan negara juga turut meningkat.

4. Banyak peluang pekerjaan yang baru dapat diwujudkan kepada penduduk setempat apabila pertanian moden diperkenalkan.

5. Industri-industri yang berasaskan pertanian juga turut berkembang selaras dengan perkembangan sektor pertanian.

6. Kaedah-kaedah moden banyak digunakan dalam menghasiklan keluaran-keluaran pertanian yang bermutu.

Tanaman jenis baka baru dapat diperkenalkan hasil daripada penyelidikan oleh agensi-agensi berkaitan.

17 Julai 2009

TAJUK PENTING 3 : FUNGSI PERMAINAN TRADISIONAL

1. Melalui permainan tradisional kita dapat memupuk semangat perpaduan, rasa muhibah, dan mesra dalam kelompok masyarakat.
2. Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia.
3. Melalui permainan tradisional yang dimainkan secara berkumpulan, secara tidak langsung semangat kerjasama antara ahli kumpulan dapat dipupuk.
4. Melalui permainan tradisional juga kita dapat mengenali budaya kaum lain kerana permainan tradisional itu sendiri merupakan lamabang dan menggambarkan corak kehidupan masyarakat tersebut.
5. Permainan tradisional juga mempunyai nilai tradisi kerana didalamnya terkandung pelbagai jenis budaya masyarakat yang memilikinya.
6. Selain itu, permainan tradisional juga merupakan satu bentuk hiburan masyarakat zaman dahulu.

TAJUK KARANGAN 2 : CARA MENGEKALKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

1. Hubungan kekeluargaan harus dipupuk pada peringkat akar umbinya dan ibu bapa seharusnya sedar betapa institusi keluarga ini merupakan pokok pangkal kehidupan kita.
2. Pegangan agama harus diperkukuh dari awal lagi agar remaja yang akan membesar ini dapat menagkis segala pengaruh negatif yang semakin berleluasa.
3. Ibu bapa harus meluangkan masa yang banyak bersama keluarga, mendengar masalah anak-anak, dan melayan kerenah anak-anak yang sebenarnya menuntut perhatian mereka.
4. Ibu bapa harus juga bijak menangani masalah yang timbul agar tidak terlalu memberikan tekanan kepada anak-anak yang bermasalah.
5. Ibu bapa harus prihatin dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku kepada anak-anak walaupun sedikit kerana pencegahan peringkat awal adalah lebih mudah.
6. Anak-anak juga harus bertolak ansur dan bertimbang rasa kepada ibu bapa masing-masing yang bertungkus lumus mencari rezeki untuk membesarkan mereka.
7. Sistem pendidikan juga dapat memainkan peranan dengan memberikan pendidikan yang lebih baik dan berkesan.

TAJUK KARANGAN 1 : FAEDAH MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM

1. Aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan pelajar daripada menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
2. Selain itu, aktiviti kokurikulum ini merupakan satu aktiviti yang sihat dan dapat membendung gejala negatif yang semakin menular terutama dalam kalangan remaja.
3. Melalui penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, semangat perpaduan, tolong menolong, kerjasama dan nilai-nilai yang baik dapat diwujudkan dalam diri individu dan kumpulan.
4. Aktiviti ini dapat juga menambah pengetahuandi samping memberi para pelajar pengalaman yang menarik.