Memaparkan catatan dengan label BM TINGKATAN 4. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BM TINGKATAN 4. Papar semua catatan

19 Mac 2010

NOVEL : PAPA...


BAB 1
Ketika minum petang, Mak Cik Noraini melayan Julia sambil memerhatikan kepulangan papa Julia yang membawa kacang panjang yang dipetik dari kebunnya. Papa terus mendapatkan mama yang sedang menunggunya sambil berbual dengan penuh mesra. Sambil berseloroh papa meminta mama untuk memasakkan lauk kegemarannya. Julia hanya memerhatikan gelagat kedua-dua orang tuanya yang sempat bergurau senda. Sesekali Julia yang sudah menjadi anak dara berasa segan melihat telatah mereka yang sangat mesra dan tidak pernah berenggang. Tetapi, Mak Cik Noraini sekadar tersenyum dan dipercayai banyak menyimpan rahsia tentang kedua-dua insan tersebut.

BAB 2
Beberapa minggu kemudiannya, Julia pulang dari sekolah sendirian sambil merungut tanpa mama. Mak Cik Noraini melayan Julia dengan menghidangkannya bubur jagung yang mengembalikan pertemuan papa dan mamanya. Tiba-tiba Julia teringat kembali peristiwa jari mama yang terluka akibat terhiris pisau dan terpaksa dibawa ke klinik. Papa sangat mengambil berat terhadap mama dan masih bergurau senda dengan mama untuk meringankan kesakitan yang ditanggung mama. Lamunannya terhenti apabila ditegur oleh Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini sempat juga mengimbau kembali kisah silam papa dan mama Julia. Sedang Julia dan Mak Cik rancak berborak, mama dan papa balik sambil masing-masing tersenyum antara satu sama lain. Secara tiba-tiba, papa memberitahu berita gembira kepada Julia bahawa dia akan dapat seorang adik. Julia terlalu gembira walaupun Mak Cik Noraini tidak berapa senang dengan berita tersebut kerana risau akan keadaan mama yang pernah mengalami komplikasi ketika melahirkan Julia dahulu. Tetapi, bagi mama dan papa mereka sudah bersedia untuk menerima segala ketentuan Ilahi kelak.

BAB 3
Petang itu, Julia terdengar perbualan Mak Cik Noraini yang mengingatkan mama tentang peristiwa ketika melahirkan Julia 16 tahun yang lalu yang menyebabkan mama kehilangan darah yang banyak dan tidak sedarkan diri. Mama serba salah dan tidak sanggup menolak untuk memenuhi hasrat suaminya yang ingin akan zuriat walaupun menyedari risiko yang bakal dihadapinya. Perbualan mama dan Mak Cik Noraini terhenti sebaik sahaja papa pulang, manakala Julia pula berhenti daripada memerhatikan gelagat kedua-dua orang wanita di dapur sebentar tadi, lalu merahsiakan apa-apa yang didengar daripada pengetahuan papanya. Julia menyambut kepulangan papa dan mengajaknya bermain tenis pada petang itu. Ketika Julia dan papanya bermain tenis, mereka didatangi oleh Aisyah, bekas pelajar di kolej tempat papa mengajar dan mereka berbual-bual sambil minum di kantin. Julia berasa kurang senang apabila papanya berborak terlalu lama dengan Aisyah, lantas dia mengajak papa untuk pulang.

23 Julai 2009

SOALAN 3 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA

Kali ini cikgu cuba memberi beberapa contoh untuk soalan membina ayat yang sering menjadi masalah kepada pelajar. Pelajar sering salah apabila membina ayat.
1. makan
Dia berehat selepas makan malam sambil mendengar lagu.
2. makan minum
Ibu bapa bertanggungjawab menyediakan makan minum untuk anak-anak.
3. rupa
Rupa penjahat itu sangat bengis serta mukanya penuh kesan calar dan luka.
4. rupa paras
Rupa paras yang cantik harus diseiringkan dengan perangai yang baik.
Inilah bentuk soalan yang akan kita berikan tumpuan pada kelas minggu ini.

22 Julai 2009

CERPEN ANNYSS SOPHILLEA : PENTING - SPM 2009

Secara Ringkas Tentang Cerpen
Cerpen ini mengisahkan kehidupan makhluk asing yang mengembara ke bumi untuk mencari saudara kembarnya. Annyss Sophillea berkenalan dengan Akmal. Saudara kembar Annyss telah diculik oleh sepupunya, Strenn kerana berebut takhta di Alstonia. Akhirnya Akmal membunuh Strenn. Nasib Akmal masih samar kerana sesiapa yang membunuh di Alstonia akan turut mati.

Apakah Tema cerpen ini ?
Novel ini bertemakan perebutan kuasa.

Persoalan
1. Persahabatan
2. Penculikan
3. Pembunuhan

Latar
1. Tempat (Bumi, Alstonia)
2. Masa (berlaku pada masa kini)
3. Masyarakat ( Manusia, makhluk asing)

Pengajaran
1. Kita hendaklah menghormati hak orang lain
2. Jadilah sahabat yang setia
3. Jauhilah sikap angkuh.

06 Mei 2009

NOVEL BUKIT KEPONG


Pihak lnggeris mengisytiharkan darurat ke seluruh Tanah Melayu pada Jun 1948 akibat daripada ancaman pengganas komunis. Othman yang baru berusia 19 tahun dan berasal dari Kampung Keladi di Kulim Kedah berminat menjadi polis walaupun dilarang oleh ibunya. Setelah menamatkan latihan selama enam bulan di Pusat latihan Polis Kuala Lumpur, Othman berkahwin dengan Limah. Selepas itu dia memulakan perkhidmatan di Pagoh, Muar, Johor.

Beberapa bulan kemudian, Othman ditukarkan ke Rumah Pasung Bukit Kepong. Limah yang sedang hamil terpaksa di hantar balik ke kampung. Pada ketika itu ancaman pengganas komunis di Bukit Kepong dan kawasan sekitarnya semakin hebat.

Pada subuh 23 Februari 1950, 200 orang pengganas komunis menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong yang hanya dipertahankan oleh 18 orang anggota polis. Pasukan polis diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah. Walaupun bilangan anggota polis sangat kecil tetapi mereka berjuang dengan berani. Akhirnya, hanya empat orang anggota polis yang terselamat, termasuk seorang anggoto polis tambahan. Othman turut terselamat tetapi mengalami kecederaan di lutut kiri dan tangan kiri.

Setelah menerima rawatan selama empat minggu di Hospital Muar, Othman dibenarkan bercuti. Dia segera balik ke kampung. Isterinya yang baru melahirkan nak lelaki mengalami tekanan jiwa apabila mendapat "berita" kononnya Othman telah meninggal dunia. Othman meletakkan jawatan apabila keadaan isterinya semakin teruk sehingga dihantar ke Hospital Bahagia di Ipoh. Kaki kiri Othman pula terpaksa dipotong kerana kecederaannya tidak dapat dipulihkan.






SINOPSIS

Novel ini mengisahkan peristiwa Bukit Kepong dan mengenang jasa anggota-anggota polis Bukit Kepong yang berjuang menentang pengganas komunis sekitar tahun 1950. Dalam peristiwa itu, ramai anggota polis yang terkorban setelah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Salah seorang anggota polis yang terselamat ialah Othman Yusof. Beliau meneruskan hidup dengan cekal di samping isterinya yang mengalami sakit jiwa akibat peristiwa Bukit Kepong.



TEMA

Perjuangan menentang pengganas komunis


PERSOALAN

  • Semangat juang yang kental

  • Bersatu menentang kezaliman

  • Mengenang jasa pejuang

NILAI

  • Berani

  • Bijaksana

  • Setiakawan

  • Patriotik/Cinta akan negara


PENGAJARAN

  • Kita hendaklah mengamalkan sikap cintakan negara

  • Kita perlu tolong-menolong dalam kehidupan bermasyarakat

  • Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berkorban untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.