Memaparkan catatan dengan label SEJARAH SPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEJARAH SPM. Papar semua catatan

28 Oktober 2011

TAJUK PENTING SEJARAH SPM 2011

TINGKATAN 4

1. Piagam Madinah (Isi kandungan dan kepentingan Piagam Madinah)
2. Sistem Khulafa al Rasyidin (Cara Perlantikan, Syarat dan Sumbangan Khalifah Abu Bakar dan Umar).
3. Pengaruh Agama Hindu Buddha dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di Asia Tenggara.
4. Zaman Gelap dan Reformation di Eropah.

TINGKATAN 5

1. Gerakan Islah
2. Peranan akhbar, majalah dan persatuan
3. Suruhanjaya Reid
4. Suruhanjaya Cobbold
5. Malaysia dalam kerjasama antarabangsa
6. Nasionalisme tahap kedua di Thailand

22 Julai 2009

INTENSIF SEJARAH SPM 2009

Bahagian B
5. (a) Jelaskan sistem demokrasi yang diamalkan di Athens. (12 markah)
(b) Huraikan peranan raja dalam sistem pemerintahan tamadun yunani (8 markah)

Cadangan Jawapan
5 (a) - Semua warganegara lelaki dewasa diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan
- Dewan Perhimpunan bersidang 3 kali sebulan
- Setiap ahli dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan
- Segala keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis
- Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan perhimpunan
- Dewan perhimpunan mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga-tiganya
- Tempoh ahli berkhidmat selama 6 bulan hingga setahun.

5(b) - Raja dibantu oleh sebuah badan iaitu Konsul
- Raja sebagai ketua hakim
- Raja sebagai ketua tentera
- Raja sebagai ketua agama

12 Jun 2009

SEJARAH TINGKATAN 4

BAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

Konsep Khalifah
Khalifah bererti pengganti, pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan atau pentadbiran kerajaan. Khalifah bertanggungjawab memelihara dan mengekalkan keharmonian Islam.
Syarat-syarat Menjadi Khalifah
  • Lelaki yang merdeka
  • Beragama Islam
  • Memiliki pengetahuan tentang Islam
  • Mematuhi perintah Allah
  • sanggup melaksanakan hukum Allah
  • Adil, sihat, berfikiran cerdas
  • Berakhlak, warak
  • Pandai mentadbir kerajaan

Cara Pemilihan

  • Musyawarah/Syura
  • Cadangan satu nama
  • Pemilihan beberapa calon
  • Pencalonan oleh sekelompok masyarakat

(Ikuti sambungan; Sumbangan 4 khalifah dalam Islam, Kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah, Turki Uthmaniyah, Faktor Penyebaran Islam ke Eropah, Kesan Pertembungan Agama dan Budaya Eropah, Cara Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Dunia)

15 Mei 2009

KEBERGANTUNGAN KERAJAAN AGRARIA DAN MARITIM

KERAJAAN AGRARIA DAN MARITIM SALING BERGANTUNG, BUKTINYA:

1. Kerajaan Agraria mempunyai penduduk ramai dan dapat membekalkan tenaga kerja (buruh)yang mencukupi.
2. Kerajaan Agraria bekalkan makanan kepada kerajaan Maritim kerana ekonomi Agraria berasaskan pertanian.
3. Kerajaan Agraria bergantung kepada kerajaan Maritim untuk mendapatkan barangan mewah.
4. Kerajaan Agraria membekalkan bahan mentah kepada pelabuhan Kerajaan Maritim.
5. Kerajaan Agraria membekalkan kayu yang bermutu untuk Kerajaan Maritim membina kapal.
6. Tukang kayu dan batu yang baik terdapat dalam Kerajaan Agraria, tenaga buruh ini sangat diperlukan oleh Kerajaan Maritim.

14 Mei 2009

SEJARAH SPM

LATIHAN TINGKATAN 4: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
Pelajar-pelajar yang mengik.uti kelas sejarah, digalakkan membaca dan mencari jawapan soalan yang disenaraikan sebelum perbincangan dalam kelas

1. Apakah yang anda faham dengan konsep Kerajaan Agraria?
2. Apakah yang anda faham dengan konsep Kerajaan Maritim?
3. Senaraikan ciri-ciri masyarakat Agraria?
4. Senaraikan ciri-ciri masyarakat Maritim?
5. Buktikan wujud kebergantungan antara Kerajaan Agraria dan Maritim?
6. Nyatakan 4 cara kedatangan pengaruh Agama Hindu Buddha ke Asia Tenggara?